VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 18 November 2012

[VIDEO INSIDE] 30RIBU HADIR DOA HUKUMKAN umno/bn




Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu penuh dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat. 

Himpunan anjuran Pakatan Rakyat ini adalah siri kedua selepas himpunan di Senawang, Seremban awal bulan ini. 

Himpunan kali ini diadakan serentak dengan Muktamar tahunan PAS ke 58 yang diadakan di sini. 



Dianggarkan pada lebih 30,000 berada di padang stadium dan kawasan tempat duduk sementara ribuan lagi sedang masuk ke dalam stadium. 

Kebangkitan juga bakal sekali lagi menyaksikan sejarah dicipta di stadium penuh keramat ini apabila beberapa tokoh besar juga turut hadir. 

Antara pemimpin besar Pakatan Rakyat yang memberi ucapan termasuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang. 

Suasana dalam stadium ketika ini dipenuhi dengan empat warna kebangkitan rakyat iaitu oren, merah, hijau dan kuning. 

Oren mewakili gerakan menyelamatkan Felda oleh Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), merah mewakili perjuangan NGO 'R' menuntut hak bayaran royalti dan pendaratan minyak dan gas di Kelantan.

Hijau mewakili gerakan menyelamatkan alam sekitar dan anti-Lynas dan kuning mewakili perjuangan Bersih yang menuntut pilihan raya adil dan bersih. 

Selain daripada warna dari pakaian yang dipakai, setiap hadirin juga turut diagihkan bendera mewakili keempat-empat warna tersebut. 

Malam ini juga kesemua wakil-wakil NGO tersebut diberi peluang berucap memberikan penerangan berhubung perkembangan terkini isu-isu yang diperjuangan mereka. 

Perhimpunan malam ini juga dibuat bersempena berlangsungnya Muktamar PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) yang bermula semalam hingga Ahad nanti. 

Perhimpunan bermula sejak petang tadi apabila pelbagai acara hiburan dan ringan diadakan di perkarangan stadium dan di sekitar bandar Kota Bharu. Perarakan bermotor NgO 'R' mengelilingi stadium kira-kira jam 3 petang. 

Selepas itu persembahan kesenian diadakan di situ termasuklah tarian singa dan lain-lain permainan tradisi ~ UtaraNews


Hmmmm... kalau macam ni.. lambat lagilah nak pilihanraya nampaknya..



Ya Allah Hukumkan Umno BN ! KO BN ! BN KO !

Doa Solat Hajat di Stadium Kota Bharu 16 Nov 2012



min 2:27 - Ya Allah Hukumkan Umno,  Ya Allah... Hukumkan Umno BN .. 

KO BN !  KO BN !  BN KO !  KO BN !  BN KO !  KO BN !  BN KO ! ... dalam Pilihanraya yang ke 13 ini ya Allah.. Mudah2an perjalanan kami ke Putrajaya ya Allah, dengan begitu sekali mudah dengan pertolongan Mu ya Allah, 

Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan Firaun didalam laut, Kamu telah izinkan kepada bumiMu telan Qarun ... Ya Allah, Kamu telah melaknatkan Namrud .. dan begitu juga Abu Lahab2.. maka sungguh mudah untuk Kamu bagi menjahanamkan Umno dan BN dalam Pilihanraya 13..

Tidak larat kami hendak melihat anak2 kami dengan suasana yang tidak selamat, didalam rumah dan diluar rumah, dengan ragut rogol bunuh bakar cincang manusia dan begitu juga dengan bermacam2 jenayah


Ya Allah ... habislah negara kami ini, dijual oleh Umno... Singapore dah habis.... ya Allah .... Batu Putih putih ya Allah mata, ya Allah ....Tanjung Pagar...rapat kepagar ya Allah ...

HANCUR UMNO  TUMBANG BN  !




Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam? Apa Komen Dr MAZA?


Isu Doa Hancur BN, isu yang telah diperjelaskan oleh Alim Ulama dan Ilmuan Islam tetapi hanya di hangatkan kembali oleh puak UMNO. Jika doa hancur UMNO itu masih diulang tayang setiap hari oleh pihak media, marilah kita 'AMIN'kan doa itu semasa disiarkan oleh media! Mudah-mudahan berkat 'AMIN' kita Allah perkenankan doa tersebut.



Apa Hujah Dr MAZA dan Ustaz Nik Amar menjawab hujah Ust Afandi (UMNO) berikut:
Hujah 1. Pernahkah Nabi s.a.w. berdoa musnah/bala kepada sesama Islam? Hatta kepada Abdullah bin Ubay, pernahkah Nabi s.a.w. doakan bala' kepadanya?

Hujah 2. Ketika Nabi Musa a.s. diarahkan oleh Allah bertemu dengan Firaun, bersama Nabi Harun a.s. diminta supaya pergi berdakwah kepadanya dengan cara yang baik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.