VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday, 5 May 2017

KETUA AMANAH KAWASAN SIK TIDAK AKAN BERI MUKA KEPADA PENGFITNAH,TINDAKAN UNDANG UNDANG DIAMBIL UNTUK BERIKAN KEINSAFAN





KETUA AMANAH KAWASAN SIK TIDAK AKAN BERI MUKA KEPADA PENGFITNAH,TINDAKAN UNDANG UNDANG DIAMBIL UNTUK BERIKAN KEINSAFAN

Ketua Amanah Kawasan Sik sdr Sulaiman Ibrahim mengambil tindakan undang2 kepada golongan pengfitnah yang sengaja dibuat untuk memburukkan nama beliau semalam dengan mengaitkan tuduhan penyelewengan dana beras dan mencuri beras untuk diberikan kepada rakyat miskin Sik .

Tuduhan jahat itu telah menjadi perbualan dan menyebabkan beliau mengambil tindakan undang2 .

Dalam kenyataan medianya harini ,

KENYATAAN MEDIA

Saya telah mendapati beberapa kiriman whatsApps, Facebook dan juga media baru yang lain mengaitkan saya dengan tuduhan liar penyelewengan dana beras yang sengaja ditimbulkan untuk membuat persepsi negatif dan jahat terhadap saya.Ini adalah kali yang ke tiga dimana serangan terhadap saya untuk mengaitkan dengan pelbagai isu.

Oleh yang demikian, selaku Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik yang memikul amanah dan tanggungjawab telah melantik peguam semalam dan membuat keputusan untuk menyaman mana-mana individu sama ada di dalam Fb dan mana-mana group whatsapp yang mengeluarkan fitnah jahat berkenaan terhadap saya. Dan saya pohon mereka tampil secara berdepan sebagai anak jantan jika penyelewengan dana beras dan tuduhan mencuri beras kilang untuk diedarkan kepada rakyat miskin Sik tersebut benar-benar berlaku.

Saya yakin dan percaya, pihak musuh politik tidak senang melihat dengan gerak kerja Amanah Kawasan Sik yang sudah mendapat tempat di hati masyarakat setempat di kawasan Sik .Musuh politik mencari jalan sedaya upaya untuk memburukkan nama parti dan individu .Ini menunjukan mereka terdesak dan tersepit dengan isu isu serangan hingga terpaksa mencipta fitnah dan persepsi bagi menyerang pihak lawan.

Seterusnya , report polis akan dibuat dalam masa terdekat terhadap individu-individu dalam "screenshoot" no tel dan muat naik status akaun Fb mereka yang saya simpan untuk perhatian dan siasatan PDRM dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

Kepada Allah jua tempat memohon pertolongan.Dimahkamah dunia kita berdepan. DiMahkamah Allah kita berjumpa.Insya Allah. Terima kasih.

Sulaiman Bin Ibrahim
Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik
8 Syaaban 1438H
5.5.2017H
Jumaat

Wednesday, 19 April 2017

AMANAH SIK TETAP BERUSAHA MELEBARKAN PENGARUH DAN MEMPELBAGAIKAN PROGRAM WALAUPON BERHADAPAN DENGAN MASALAH KEWANGAN



AMANAH SIK TETAP BERUSAHA MELEBARKAN PENGARUH DAN MEMPELBAGAIKAN PROGRAM WALAUPON BERHADAPAN DENGAN MASALAH KEWANGAN

Sekali lagi penulis berminat untuk menulis bekenaan Amanah Sik yang dipimpin oleh sdr Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawan dalam Facebooknya.

Menurut sdr leman,beliau berusaha membuat apa sahaja bentuk program untuk menarik sokongan dan membuat penerangan kepada rakyat Sik di pedalaman sini. "Walaupom kami berhadapan dengan masalah kewangan tetapi sentiasa berusaha untuk merealisasikan program parti yang dicadangkan dan yang ingin dijalankan". Menurutnya lagi ,"jika ada jemputan mana mana program dan beliau juga akan kumpulkan pendapatannya hasil penjualan produk dan membuat program ditempatnya.Sedikit sebanyak ia membantu pergerakan parti Amanah Sik disini."

Mengikuti perkembangan Amanah Sik amat berbeza dengan aktiviti Amanah Kawasan yang lain kerana Amanah Sik mempunyai visi mengikut minda rakyat disini yang begitu unik untuk membuat pendekatan terhadap rakyat.

Ketuanya Sdr Leman berkata, beliau terpaksa menggunakan kreativiti yang berbeza untuk mengubah sokongan dan minda rakyat disini dengan menjalankan pelbagai bentuk program yang lazimnya mengasingkan perbezaan sentuhan kepada rakyat.

Tuesday, 11 April 2017

AMANAH KAWASAN SIK TERUS MELEBARKAN PENGARUH WALAUPON ADA MUSUH POLITIK MEMBUAT PROVOKASI DAN MELEMPARKAN FITNAH



Parti Amanah Negara Kawasan Sik yang diketuai oleh Sdr Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawan.Amanah Sik tetap meneruskan menyantuni dan menaikkan isu rakyat dikawasan tersebut walaupun ada segelintir pihak yang cuba memburuk burukkan nama ketuanya bagi mengurangkan pengaruh dan meraih sokongan.

Setelah mendengar pelbagai tohmahan dari pihak musuh yang cuba memecah belahkan Amanah Sik ,penulis telah menghubungi sendiri ketuanya untuk mendapat maklumat yang jelas.Menurut sdr Leman ," Pihak yang yang cuba membuat fitnah dan ingin menjatuhkan nama baik Amanah Sik itu dianggap sebagai golongan yang iri hati dan mempunyai sifat tidak senang duduk dengan gerak kerja dan peningkatan Amanah Sik. Dalam politik adalah perkara biasa apabila musuh mula membuat provokasi bagi menjatuhkan kita .Selaku Ketua Kawasan mungkin kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan bukan semua pihak sukakan kita .ini adalah lumrah kehidupan dalam mengerakkan parti politik.Memandangkan Amanah masih baru ,banyak yang perlu di perbaiki dan diharungi walaupon yang datang itu adalah berisiko yang tinggi ".Katanya.

Menurutnya lagi ",Dalam apa jua keadaan kita harus tegas dalam kelembutan tentang sesuatu perkara untuk melancarkan perjalanan parti tanpa menghiraukan kata2 nista ,tohmahan ,fitnah ,cacian ,kritikan dan sebagainya .Pimpinan Amanah Sik juga tidak takut dan menghiraukan apa jua ugutan yang datang untuk menggangu gerak kerja Amanah Kawasan Sik.".

Sunday, 15 January 2017

PARTI AMANAH NEGARA KAWASAN SIK MENYARANKAN SUPAYA RAKYAT TIDAK MENYALAHKAN JABATAN ZAKAT DALAM ISU KEMISKINAN






Sik- Parti Amanah Negara kawasan Sik menyarankan kepada rakyat malaysia supaya tidak menyalahkan Jabatan Zakat dalam soal kemiskinan yang melanda.

Jabatan Zakat bukanlah satu badan dibawah pengaruh mana mana parti politik termasuk Ahli Parlimen atau ADUN kerana jabatan zakat mempunyai kuasa penuh dalam menguruskan kewangan yang disalurkan terus dari pembayar zakat.

Amanah Kawasan Sik memuji pengurusan Jabatan Zakat Sik yang bertindak cekap dan pantas dalam menguruskan hal ehwal rakyat miskin dan golongan yang kurang berkemampuan. Selama setahun lebih Amanah Sik ditubuhkan disini ,Jabatan Zakat Sik dan Amanah Kawasan Sik bekerjasama dengan baik bagi memastikan semua pihak yang tidak berkemampuan dibantu .

Ketua Amanah Sik Sdr Sulaiman Ibrahim@LemanR yang ditemui siang tadi di pejabatnya berkata 'Ada sesetengah golongan menyalahkan pihak Jabatan Zakat apabila ada berita berkenaan rakyat miskin .Ini tidak betul ',punca kemiskinan bukan masalah dari pihak zakat tetapi berpunca dari Pemerintahan yang korup ,tidak amanah,rasuah ,meneyeleweng wang rakyat dan mengurustadbir ekonomi negara dengan tidak teratur.Kerajaan yang memerintah harus bertindak memperbaiki ekonomi bawahan dan menaikkan hasil pendapatan melalui pertanian dan perindustrian rakyat dengan pelbagai kaedah yang tersusun.

0.002% punca kemiskinan juga adalah berpunca dari faktor masyarakat itu sendiri kerana terlibat dalam gejala negatif terutamanya suami sebagai ketua keluarga itu terlibat dalam pengambilan dadah.

Amanah Kawasan Sik juga memuji jabatan Zakat Kawasan Sik yang bertindak dengan pantas dan cekap dalam menguruskan wang zakat yang disalurkan.Cuma harus mengikut syarat syarat yang harus diikuti dan ditetapkan.

Jabatan Zakat Kawasan Sik juga sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada Amanah Sik seandainya ada aduan aduan yang melibatkan rakyat miskin disini.

Friday, 6 January 2017

2017 Tahun Terakhir Buat BN Bahagian Sik



Sik - Kajian panggilan telefon kepada pengguna telekomunikasi selama 5 hari berturut turut mendengar jawapan sokongan rakyat kepada 4 parti di bahagian Sik telah dicula mengikut peratus yang ditetapkan.

BN bahagian Sik berkemungkinan akan kehilangan ketiga tiga kerusi mereka pada paru14 yang akan datang .Kekuatan dan pengaruh BN yang semakin berkurangan sokongan apabila pelbagai isu isu yang berlaku di daerah tersebut dinaikkan melalui parti Amanah tanpa membidas serangan peribadi ADUN dan MP yang ada.

Sokongan kepada PPBM semakin meningkat dengan isu pemecatan Dato Seri Muhkriz ,isu Nasional dan sokongan kepada Parti Amanah Sik pula melalui pendekatan dan sentuhan terus kepada pengundi yang semestinya membuatkan rakyat mula mendapat perhatian dan tempat bergantung aduan.Amanah Sik bergerak tanpa memperdulikan serangan peribadi dan sebagainya .Fokus yang paling utama ialah Rakyat bawahan dengan pendekatan Islam Rahmatan Lil Alamin.

PAS kawasan Sik seperti mendiamkan diri dan tidak tahu kemana hala tuju tanpa program melibatkan rakyat setempat .PAS kawasan Sik terpaksa bergantung kepada program dari peringkat Negeri Kedah dan kebanyakannya hanyalah program antara ahlinya sendiri.PAS Kawasan Sik dilihat seperti mengunci mulut tanpa mengeluarkan apa apa isu berkaitan dengan rakyat .Ahli PAS makin hari beralih sokongan kepada Amanah apabila kebanyakan isu kerjasama bersama UMNO telah diluluskan oleh majlis syura Ulama PAS Pusat.

Ketua UMNO Bahagian Sik YB Tajuddin terpaksa mengeluarkan arahan kepada semua orang kanannya ,"seandainya rakyat nak mohon apa apa terus luluskan saja tanpa banyak soal "ini adalah kerana UMNO dengan sedaya upaya bagi menjaga undian dari rakyat Sik pada PRU14 dalam ucapannya di Kg Belantek baru baru ini melalui perjumpaan tertutup bersama semua JKKK dan Ahlinya .

BN Bahagian Sik melihat pertumbuhan ahli PPBM Sik dan pergerakan Amanah Sik amat membimbangkan mereka terutamanya menjelang PRU14.

UMNO bahagian Sik berharap kerjasama PAS dan UMNO diperingkat tertinggi antara Dato Seri Najib dan Tuan Guru Haji Hadi dipercepatkan seboleh bolehnya sebelum menjelang PRU14 untuk menjaga ketiga tiga kerusi BN.

Friday, 30 December 2016

Billboard Bebas Anwar Disabotaj


Salam Reformasi!

Saya telah menghadiri mesyuarat Biro Pengurusan Parti dan berikut adalah perkara yang penting untuk dilaksanakan oleh semua Cabang untuk mobilisasi ahli serta penyokong untuk kes DSAI dari Cabang Bukit Mertajam adalah seperti berikut:

1) Cabang diwajibkan menghantar minimum 300 ahli dan sebanyak 4 bas perlu disediakan oleh Cabang untuk mobilisasi ahli
2) Edaran Risalah, Pemasangan banner, poster serta billboard perlu dipasang di seluruh Bukit Mertajam

3) Susunan gerak kerja mobilisasi di Cabang dan perlu dilaporkan setiap hari bermula segera.

4) Memastikan semua AJK JKKK yang dilantik Cabang untuk hadir ke Mahkamah dan Ceramah

5) Hebahan Media, kereta siaraya dan penggunaan media sosial utk sebaran maklumat kepada semua untuk hadir.

6) Mobilisasi AMK, Wanita dan Ranting amat perlu untuk memastikan target untuk 300 ahli atau lebih berjaya.

Sila ambil maklum dengan serius tentang perkara diatas

Sila panjangkan mesej ini kepada semua yang berkenaan.

Sekian,

Terima kasih

Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa
Setiausaha Cabang
Bukit Mertajam

Saturday, 10 December 2016

Pemuda PAS Berminat Kerusi Parlimen Permatang Pauh


PERMATANG PAUH: Pemuda PAS berminat dengan kerusi Parlimen Permatang Pauh, DUN Penanti dan DUN Seberang Jaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaei Dato Ir A Rashid mengulas 'minat' Pengerusi PAN Pulau Pinang berkenaan perkara ini. PAS yang sekarang ini telah bebas daripada sebarang ikatan pakatan kini lebih bebas memilih untuk bertanding dimana-mana kerusi di Pulau Pinang.

Bahkan mungkin mempertimbangkan untuk mengganti kerajaan DAP yang semakin rosak sekarang ini dan kerajaan BN yang sememangnya diketahui umum rosak teruk.

“Kami yakin dengan situasi yang ada sekarang ini , rakyat tiada pilihan lain selain daripada PAS yang terbukti cemerlang dan bebas daripada sebarang pecah amanah sepertimana yang dibuktikan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama lebih 20 tahun,” ujar beliau.

PAS pernah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh semasa Almarhum Ustaz Zabidi Ali dahulu dan kejayaannya tidak mustahil akan berulang kembali.

Peluang yang di idamkan oleh pemuda PAS memberi peluang kepada UMNO mengatur strategi yang bijak untuk mendapatkan Parlimen Permatang Pauh. Sekalung tahniah kepada minat pemuda PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.