VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 23 March 2016

"Damn You PTPTN" Kata-Kata Terakhir Sebelum Cubaan Bunuh Diri di Jambatan Pulau Pinang


Pulau pinang-Rabu 23 mac.
Satu kejadian cubaan bunuh diri telah dirakam melalui kamera litar tertutup jambatan pulau pinang. Kejadian pada jam 1145 minit pagi itu di km3.2 jambatan pertama pulau pinang disedari oleh peronda lebuhraya melalui laporan bilik cctv yg melihat suspek bertindak memberhentikan kenderaan sebelum keluar dan berdiri di tepi jambatan.

Suspek yg dikenali sebagai Nurul Azhar bin Aziz yg berasal dari Tasek Gelugor itu kemudiannya mengeluarkan dompet dan telefon bimbit sebelum bertindak terjun.
Peronda lebuhraya pertama tiba di tempat kejadian sejurus selepas suspek terjun dan mengikut laporan pegawai PLUS, suspek terkapai kapai di dalam air pada masa itu. Jentera bomba dari dari Balai Bomba Bayan Baru bersama 4 anggota tiba di tempat kejadian kira2 15 minit kemudian. Suspek berjaya dibawa naik menggunakan bantuan bot peronda Maritim yg bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan. Suspek dikatakan mengalami cedera ringan di bahagian paha dan pinggang.

Punca kejadian masih dalam siasatan. Menurut saksi kejadian yg enggan namanya disebut, suspek ada menjerit "ayu, aku cinta padamu" sebelum terjun dan " damn you PTPTN". Suspek dibawa ke hospital besar pulau pinang untuk dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibuat penilaian psikologi. Kes disiasat dibawah akta 34(7) kanun acara jenayah kerana melakukan cubaan bunub diri.
Kejadian cubaan bunuh diri yg terakhir direkodkan adalah pada 6 tahun lepas apabila bapa kepada pemain badminton nombor 1 dunia, Dato' Lee Chong Wei cuba untuk terjun dari jambatan kerana tekanan perasaan. Ayumie Arrif

posted from Bloggeroid

Friday, 11 March 2016

Meletakkan Mahathir Di Depan Untuk Mendepani Umno dan BN Satu Kesilapan, Anak Muda Mahasiswa Umum Gerakan Tanpa Kompromi


Kenyataan Media
11 Mac 2016

Meletakkan Mahathir Di Depan Untuk Mendepani Umno dan BN Satu Kesilapan, Anak Muda Mahasiswa Umum Gerakan Tanpa Kompromi

Dalam kecelaruan politik negara seperti yang berlaku hari ini, ketika regim pemerintah kuku besi terus kekal berkuasa dan mengukuh kedudukan, ketika ada pihak yang tergamak bersekongkol dengan perosak yang bertanggungjawab di atas kerosakkan sistem negara dan pembodohan bangsa, dan ketika satu lagi pihak yang berdolak dalik dan berpusing-pusing atas nama agama, rakyat terus dihimpit ke lantai paling bawah dengan kegawatan ekonomi dan sosial yang menjejaskan kehidupan.

Di atas rasa tanggungjawab, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan segala kemampuan akan muncul bersama sebuah gerakan anak muda dan mahasiswa yang bakal dibentuk bagi menolak politik oportunis seterusnya membuka jalan tanpa kompromi menyelamatkan tanahair. 

Secara jelas ingin dinyatakan, kami juga yang terdiri dari kumpulan anak-anak muda dan mahasiswa walaupun tanpa dana besar dan nama besar kini memulakan inisiatif bagi mengumpulkan rakyat ke arah menyedarkan semua termasuk ahli-ahli politik agar celik dari pembohongan dan kemunafikan Dr Mahathir dan kuncunya. 

Mendampingi Dr Mahathir untuk menumbangkan Umno yang dilahirkan oleh Dr Mahathir sendiri adalah umpama satu fantasi. Ia jelas skrip yang sama seperti ketika Abdullah Badawi digulingkan, Mahahtir kembali kepada Umno dan rakyat akhirnya meratapi sengsara lebih besar apabila Perdana Menteri pilihan Mahathir membawa lebih banyak bencana kerosakan kepada negara.

Mahathir tidak layak diberikan lagi peluang setelah 22 tahun pemerintahan kuku besi yang menyaksikan rasuah menjadi budaya, setelah dua kali memilih Perdana Menteri yang gagal dan tarmasuk yang kini membawa ke arah negara gagal (failed state). Seharusnya jika ada deklarasi rakyat yang digarap, ia tidak patut dari Mahathir dan kuncunya. Ia harus dari rakyat yang sebenar.

Meletakkan Mahathir di depan untuk mendepani Umno dan BN adalah satu kesilapan. Jangan ditipu lagi. Maka 9 organisasi massa terdiri dari gerakan mahasiswa dan anak muda menganjurkan :

Malam Penyataan Sikap Rakyat
12 Mac (Sabtu)
8 malam
Dewan Himpunan Cina Selangor, K.Lumpur (KLSCAH) - berdekatan stesen monorail Stadium Merdeka.

Malam tersebut menampilkan permimpin perbagai organisasi sama ada dari parti politik dan NGO juga yang berbezanya ia akan menampilkan pengucap awam yang terdiri dari rakyat biasa seperti pekerja kilang, pelajar, suri rumah, peniaga kecil, pemandu teksi dan ramai lagi yang akan tampil menyatakan sikap dan pandangan mereka. Ini pentas rakyat.

SAMM juga mohon jasa baik dan bantuan semua bantu hebahan dan jemput hadir.

Edy Noor Reduan

Pengarah Propaganda SAMM

Juga selaku antara jurucakap kumpulan ini yang akan diumumkan pada majlis itu nanti.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 8 March 2016

Perasmian UTC Johor Oleh Najib Hambar dan Tiada Sambutan


Gambar ketika Najib sedang berucap merasmikan UTC Johor kelmarin.

Ramainya halimunan !!!

Tahniah Bangsa Johor yang menghantar ramai halimunan ke program Najib.

Ini petanda Umno bakal dikuburkan di PRU14 nanti...

posted from Bloggeroid

Monday, 7 March 2016

Anak Zahid Hamidi Mahu Menyaman Penganjur Debat


Kenapa Datuk Ikon Belia tak muncul2 ??? atau masih sibuk berkawat lagi dan sibuk berselfie2..

Tak pernah beri persetujuan nak berdebat.. atau takut nak berdebat secara live.. Biasala anak VVIP-umno hanya berani berlagak berkokok di media semata-mata...

Hari apa anak Zahid nak saman ni..?? Hari Selasa dah full booking ngan Najib tau..

posted from Bloggeroid

Wednesday, 2 March 2016

Aduan Polis Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh Terhadap Syarikat Distinct Class Sdn Bhd


Oleh : Hamidah Che Embi dan 25 penduduk Kg Permatang Tok Subuh


Saya mewakili penduduk Kampung Permatang Tok Subuh membuat aduan polis ini terhadap syarikat Distinct Class Sdn Bhd kerana tindakan mereka yang mengusir kami secara paksaan dan keengganan untuk berbincang dalam menyelesaikan masalah tanah kami.

Kami, 26 keluarga kampung ini telah diheret ke mahkamah oleh syarikat tersebut dengan alasan mereka telah mendapat hak milik tanah kampung kami dan mahu kami keluar dengan tawaran pampasan yang tidak munasabah. Penduduk telah membantah cadangan pampasan yang ditawarkan iaitu antara RM 15,000 hingga RM 35,000 di mana pampasan ini adalah berdasarkan saiz rumah penduduk. Isu di sini adalah penduduk tidak mungkin berkemampuan memiliki sebuah rumah sebagai gantian dengan pampasan yang sebegitu kecil. Kami akan kehilangan tempat untuk tinggal sekiranya rumah kami sekarang diroboh dan diusir keluar secara paksa.

Kini, notis bailif pemilikan kosong bertarikh 28/1/2016 telah diberikan kepada penduduk dan pihak tuan tanah telah mendapatkan arahan mahkamah untuk melakukan pengusiran paksa pada 4/3/2016 akan datang.

Kami tidak dapat keluar tanpa apa-apa penyelesaian yang adil dicapai. Ini kerana kami ada hak ke atas tanah ini dan telah menyerahkan permohonan kami kepada pihak pentadbir tanah dan Kerajaan Negeri untuk tawaran tanah atau perumahan alternatif. Kami diberitahu secara lisan bahawa tanah alternatif untuk penduduk kampung telah dikenalpasti dan kami masih menunggu tawaran bertulis daripada Pejabat Tanah dan Kerajaan Negeri. Kami memerlukan lebih masa untuk mencapai suatu penyelesaian yang tidak menjejaskan hak perumahan dan kehidupan kami.

Maka, tuntutan penduduk Kg Permatang Tok Subuh adalah adalah sangat jelas iaitu :

1. Pampasan berbentuk ‘Rumah diganti dengan Rumah’, secara percuma iaitu setiap penduduk yang terjejas diberikan pampasan sebuah rumah teres baru selesa percuma di kawasan yang tidak jauh dari tanah ini sekiranya tanah ini amat diperlukan untuk pembangunan.

2. Tangguhkan perintah mahkamah pemilikan kosong terhadap penduduk dengan serta-merta

3. Penduduk tidak akan keluar dari kampung halaman sehingga mendapat rumah gantian.

Kami amat bimbang tentang keselamatan diri semua penduduk kampung dan juga harta benda milik kami akan terancam sekiranya pengusiran paksa berlaku.

Justeru, kami meminta pada pihak polis supaya bersikap professional dan neutral dalam isu tanah di Kampung Permatang Tok Subuh. Pihak polis tidak patut berpihak pada Distinct Class Sdn Bhd dalam isu pengusiran Kg Permatang Tok Subuh.

Kami juga berharap pihak polis boleh menasihati pihak tuan tanah supaya datang berbincang dengan penduduk tentang pampasan yang adil dan tidak menggunakan kekerasan dan pengusiran paksa terhadap penduduk kampung.

Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh

posted from Bloggeroid

Tuesday, 1 March 2016

Tuntutan Negara Perubahan SAMM Mendepani Situasi Politik Tanahair



Kenyataan Umum
29 Februari 2016

Tuntutan Negara Perubahan SAMM Mendepani Situasi Politik Tanahair

1. Enam bulan yang lalu, Segmentasi Pemikir Muda SAMM telah mengadakan Bengkel "Rethinking Merdeka - Jalur Tuntutan Negara Perubahan" yang menghimpunkan anak muda Malaysia dari pelbagai latar dengan satu matlamat - menggarap idea mengenai perubahan sistem yang diperlukan bagi meletakkan negara ini kembali ke landasan sebenarnya. 

2. SAMM sememangnya berpendirian dan berpandangan bahawa negara ini sedang menuju ke arah 'Negara Gagal' walaupun ramai yang memperlekehkan usaha SAMM. Hari ini, ternyata pendirian dan pandangan "Negara Perubahan" yang didesak SAMM itu adalah satu langkah yang tepat. Ia dapat dilihat apabila ketika ini rata-rata pemuka politik mula melontar pandangan mengenai perubahan sistem. Usaha SAMM yang awalnya dilihat menyongsang arus itu akhirnya tidak sia-sia.

3. SAMM telah menyedari kepincangan sistem urus tadbir, politik dan ekonomi ini berlaku semenjak 20 hingga 30 tahun kebelakangan ini yang dicetuskan oleh Dr. Mahathir. Kini, semakin melarat dan tidak terkawal malah turut merosakkan struktur sosial dan hubungan antara masyarakat. 

4. Anwar Ibrahim telah mencetuskan kesedaran perubahan sistem ini semasa gelombang kebangkitan 1998. Ia dinamakan Reformasi, lahir dari perlawanan jalanraya di atas roh dan semangat perjuangan menyelamatkan tanahair. 

5. Hakikatnya, gelombang Reformasi ini semakin perlahan kerana ramai antara pemuka politik tanahair lebih terpesona dan tertarik dengan kuasa dan keuntungan politik yang terhasil daripada sistem yang bejat ini. Malah kerusi empuk kedudukan kuasa yang sedikit sudah cukup menjadikan 'pihak pembangkang' selesa untuk terus membangkang seolah melupakan asas aspirasi rakyat dan negara yang benar-benar merdeka.

6. Justeru itu, Perubahan Sistem bukanlah satu retorik yang hanya disebutkan untuk meraih laba politik semata-mata. Tetapi ia perlu didokong dengan iltizam politik dan keberanian untuk menjadikannya satu realiti. Pertembungan demi pertembungan menyaksikan rakyat terus menjadi mangsa. SAMM sebagai gerakan anak muda tidak akan berdiam diri bagi memastikan sistem dan polisi negara yang mencengkam rakyat dan meranapkan tanah air ini perlu diubah segera.

7. SAMM sekali lagi menegaskan tuntutan untuk mewujudkan Kerajaan Sementara (Caretaker Goverment) meliputi semua parti politik dalam tempoh maksima 18 bulan bagi menyelesaikan semua krisis yang sedang berlaku dan, menambahbaik dan memulihkan sistem termasuk sistem pilihanraya bagi mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang bersih, adil dan telus. Kerajaan Pemerintah selepas itu perlu melaksanakan fasa pemulihan sistem mengikut acuan yang ditetapkan.

8. SAMM juga dalam masa terdekat ini bersedia untuk berkongsi blueprint Jalur Tuntutan Negara Perubahan SAMM kepada semua pihak yang bersifat pelaksana bagi memastikan gagasan perubahan sistem ini dapat direalisasikan demi masa depan negara yang lebih cerah. 

9. SAMM dengan ini mengajak semua pemain politik yang telah mempunyai kesedaran ini untuk kembali ke papan lukisan. Tinggalkan kepentingan politik kepartian yang sempit ini dan bersama-sama kita lakar satu gagasan perubahan sistem yang boleh direalisasikan bagi membaikpulih sistem negara kita hari ini. 

10. Satu pengumuman akan dibuat oleh anak muda dengan perkiraan masalah negara hari ini gagal diselesai oleh orang-orang tua yang mabuk kuasa.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

posted from Bloggeroid

Monday, 29 February 2016

UMNO Kini Parti Mohd Najib, Kata UMNO Langkawi


Umno kini menjadi parti untuk Najib. Mungkin singkatannya sesuai menjadi UMNO for
Mohd Najib Only (UMNO)

Parti Mohd Najib ini adalah parti untuk pencuri wang negara dan kuncu-kuncunya sahaja.

Lebih 3 juta ahli umno, saya percaya lebih separuh darinya juga sudah keluar dari parti dalam hati masing-masing. Mereka menyayangi UMNO tetapi mereka bencikan parti Najib.

Secara peribadi, saya gembira untuk bersama-sama Tun M berjuang di luar parti. Ianya fasa baru bagi UMNO tanpa Tun Mahathir.

Persoalannya, bagaimanakah rupa UMNO tanpa Tun M?

Bersediakah UMNO menempuh PRU14 tanpa Tun M.

BN masih diterima pada PRU13 dalam kegelisahan rakyat terhadap pentadbiran Najib hanya kerana Tun M.

Anina Saadudin

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.