VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday, 9 March 2014

Kaitkan Pengganas Islam Dalam Isu Pesawat MAS Hilang, Teresa Kok Buat Laporan Polis




Menurut dari laman sosial milik Teresa Kok, beliau tidak pernah buat apa apa kenyataan tentang MH370 sejak ia hilang. Cybertrooper ini jahat,bertujuan untuk caci imej saya.

Yang aku nampak di sini tujuan mereka cipta fitnah ini dengan tujuan mengapi-apikan isu ini untuk rakyat berasa marah kepada Teresa Kok dengan rakyat sedang menumpu kepada Kejadian Pesawat MAS MH370..

Gerak kerja mereka untuk membodohkan dan menaikan kemarahan rakyat Malaysia kepada pemimpin Pakatan Rakyat sudah lama berlaku..

Tumpuan mereka hanya tertumpu kepada Pemimpin Pakatan Rakyat berbangsa cina dan lebih kepada ahli DAP supaya Rakyat akan lebih rasa benci dan rasis kepada bangsa lain..

Pemberian Sumbangan Penghargaan Kepada Warga Emas Seluruh Negeri Pulau Pinang








DASAR PENGHARGAAN WARGA EMAS
Diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

SYARAT KELAYAKAN
Berusia 60 tahun dan ke atas;
Berdaftar sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang; dan Berdaftar dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

KAEDAH PELAKSAAN
Pemberian Wang Tunai Sebanyak RM100. Warga emas yang telah berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan memenuhi kriteria akan diberikan wang tunai sebanyak RM100 selepas tarikh akhir pendaftaran.

Singapura Tawar Kapal Selam Kepada MALAYSIA Cari Pesawat MAS MH370


[MH370 HILANG..] Perghhh!!! malunya...Singapore dah offer 'submarine vessel' mereka untuk tujuan mncari dan mnyelamat pesawat MH370.

TAPI.. KERAjaan UMNO/BN kan ada beli DUA(2) BIJI KAPAL SELAM.. Mana pergi kapal selam tu ye?
Negara jiran sanggup 'offer' 'submarine vessel' mereka wpon tiada satu pon rakyat mereka yg terlibat dlm kejadian tersebut..

DI MANA KERAJAAN 'TRANSFORMASI-Najib..' TAK KAN NAK TUNGGU KAPAL SELAM TU JADI TRANSFORMER!!!

Saturday, 8 March 2014

Anwar Ibrahim Tolak Jemputan Yang Dipertuan Agung


Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung bagi menyatakan pendiriannya untuktidakmenghadiri majlis jamuan diraja selepas pembukaan parlimen Isnin depan.

Keputusan tidak menghadiri majlis tersebut sebagai tanda bantahan terhadap keputusan mahkamah rayuan,yang mensabitkan beliau bersalah dalam kes Fitnah II, semalam.

Ini kerana jamuan berkenaan akan turut dihadiri ketua hakim negara,selain perdana menteri dan barisan menteri kabinet yang dilihat campur tangan dalam keputusan mahkamah.

“Buat apa nak senyum hipokrit dengan orang yang zalim dan takbur? Buat apa nak hormat ketua hakim negara yang tak hormat perlembagaan dan undang-undang yang menjadi alat perkakas pemimpin?” soalnya dalam ucapan penggulungannya di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun katanya lagi, beliau hanya akan menghadirkan diri dalam ucapan Yang Dipertuan Agung, sebaliknya beliau dan pimpinan Pakatan rakyat tidakakan bersama dengan ahli parlimen BN dalam upacara perbarisan 10 Mac ini.

“Saya dan pimpinan bersedia dan setia akan menghadap Yang Dipertuan Agung bila-bila masa walaupun tanpa jamuan,” katanya.

Bapa Saiful Bukhari Mohon Maaf Pada Anwar Ibrahim, Dakwa Jubur Saiful di Perguna






Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang peguam, Zamri Idrus.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."
Zamri telah menafikan dakwaan tersebut dan Malaysiakini tidak menyiarkan identiti pegawai khas di JPM itu sementara menunggu respons daripadanya.

Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.

Walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya
semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.

"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."
Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya  untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan. 

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.

Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih
pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.

Reformasi 2.0: Deretan Kenderaan FRU Menghala ke Kuala Lumpur






Adakah deretan kenderaan FRU ekoran Azmin Ali bertanya kepada hadirin di Tapak Ceramah semalam sama ada mahu berjuang melalui pilihan raya atau turun ke jalanan,dan mereka bersorak tanda bersetuju.

“Walaupun kita menang dengan 52 peratus undi,tapi mereka masih berkuasa,”katanya.

Azmin berkata Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan membuat keputusan esoksama ada untuk turun ke jalanan.

“Jika kita umumkan esok jam 9 malam di Dataran Merdeka, adakah anda bersedia? Jika kita umumkan esok jam 3 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, adakah anda bersedia?”tanya Azmin dengan disambut oleh hadirin seperti dilapor Malaysiakini.

Tok Guru Pondok Menyelar Tindakan Mahkamah Menjatuhkan Hukuman Kepada Anwar Ibrahim


Ustaz Mutalib seorang guru pondok terkenal di Pulau Pinang, Yayasan An-Nahdhoh, Bukit Mertajam turut menyelar badan kehakiman di Malaysia di dalam laman sosial Facebooknya dengan kenyataan pedas yang ditujukan tepat kepada mereka

" Itulah hakikat negara kita ..musuh politik mereka yg tak bersalah pun mereka berusha sedaya upaya bg salah..jika kroni mereka terang terang salah pun mereka berusha jadi tak salah....malu jadi rakyat Malaysia..."

Keputusan yang sama sekali tidak dijangka. Anwar didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari yang mana ketika dalam perbicaraan dia memberitahu kepada mahkamah dan barisan peguam bahawanya ;

1. Sebelum diliwat, dia tukar seluar sendiri salin kepada tuala, 

2. Selepas diliwat dia sempat makan karipap dan minum air kopi,

3. Dia juga pernah tinggalkan spender dia kat rumah bekas tunang, yang mana spender basah dia jadi saksi dia pernah diliwat,

4. Tak lupa juga dia masih lagi memakai seluar jeans yang konon2nya si peliwat dia hadiahkan,

5. Dan yang paling gempar sekali bila dia cakap dia dah tahu Anwar nak liwat dia tapi masih lagi tegar hantar dokumen kat Anwar Ibrahim pada hari tersebut,

6. Dia diliwat secara paksa oleh Anwar sebanyak 9 kali,

7. Dan yang paling tak masuk akal, hari neh kena liwat, esok terus bancuh kopi kat pejabat DSAI raikan tetamu2 DSAI.

Kalau ko jadi aku, ko rasa nak percaya ke dengan jalan citer dari si Saiful malaun tu?

Lue fikirlah sendiri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.