VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday, 26 November 2015

Nurul Izzah Guna Firma Guaman Tun Daim Zainuddin Saman Khalid, Sabri Ismail


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung dakwaan beliau seorang pengkhianat selepas bergambar dengan Puteri Sulu, Jacel Kiram.

Saman itu difailkan melalui peguamnya dari firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.

Melalui pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah selaku plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Khalid dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 22 November menyatakan plaintif adalah dalang di sebalik serangan dan pencerobohan oleh Tentera Sulu di Sabah pada 2013, merupakan fitnah dan berniat jahat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Ismail Sabri melalui sidang media selepas satu majlis di Bera, Pahang yang menyatakan beliau seorang penderhaka kepada negara dan terlibat dalam keganasan adalah fitnah.

Sehubungan itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos, dan perintah injunksi bagin menghalang defendan mengulangi dan menerbitkan perkataan fitnah tersebut.

AKAN MENYUSUL.

Wednesday, 25 November 2015

Keadilan Anggap Isu 5 Adun Tidak Sokong Guan Eng Selesai


Kenyataan Media
25 November 2015

Selepas mendengar penjelasan daripada Ahli-ahli Dewan Undangan kita dari negeri Pulau Pinang, kita berpuas hati dengan penerangan dan keputusan yang diambil oleh lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak mengundi dalam usul tambakan laut di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Kita ambil maklum bahawa usul yang dibawa dalam Dewan itu bukan usul atau isu yang partisen. Isu yang dibawa itu adalah berkenaan dengan alam sekitar dan kepentingan rakyat.

Kita menghormati perbezaan pendapat kerana ia merupakan demokrasi yang sihat. Malahan, kita berpendapat bahawa demokrasi yang sihat itu harus disemarakkan.

Perlu juga ditegaskan bahawa kita harus ada suatu perpisahan kuasa antara pengubal undang-undang (legislators) dan eksekutif.

Ingin kita tegaskan bahawa kita komited dengan kerajaan Pakatan Harapan di negeri Pulau Pinang. ADUN-ADUN Keadilan menyokong kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan negeri Pulau Pinang

Isu ini dianggap selesai.

YB Datuk Johari Abdul
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan ADUN
Parti Keadilan Rakyat

posted from Bloggeroid

Tuesday, 24 November 2015

Keadilan Pulau Pinang Mula Mengatur Langkah Tukar Timbalan Ketua Menteri 1 Hj Mohd Rashid Hasnon


KENYATAAN MEDIA

Semalam di dalam media telah dibangkitkan isu kononnya wujud satu usaha “coup” atau merampas jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang saya sandang oleh salah seorang ADUN KEADILAN Pulau Pinang.

Di sini saya ingin perjelaskan bahawa perkara itu adalah tidak benar sama sekali. Saya bersama pimpinan dan ADUN-ADUN KEADILAN Pulau Pinang tetap bersatu di dalam usaha mengangkat agenda Reformasi dan perubahan yang menjadi harapan rakyat Pulau Pinang.

Saya dan KEADILAN Pulau Pinang percaya bahawa isu ini dan isu-isu yang berkait dengannya boleh diselesaikan dengan baik oleh pimpinan Pakatan Harapan di dalam semangat dan kerangka Dasar Bersama Pakatan Harapan.

YB Dato’ Hj Mohd Rashid Hasnon
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

24 November 2015

posted from Bloggeroid

Sunday, 22 November 2015

Hubungan Guan Eng Dengan ADUN Keadilan Pulau Pinang Mula Retak, Memberi Peluang Kepada PAS dan Umno


KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG KEPADA KETUA MENTERI PULAU PINANG


Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang amat kecewa terhadap tuduhan YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keadilan memihak kepada UMNO adalah tidak wajar.

Tuduhan tidak berasas ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang Ketua Kerajaan kepada ADUN yang menyokong kepimpinan beliau sejak 2008.

Keputusan untuk tidak mengundi pada usul isu tebus guna tanah seluas lebih 2, 600 hektar itu tidak boleh dijadikan kayu ukuran untuk sewenang- wenangnya menuduh ADUN KEADILAN memihak kepadaUMNO.

5 ADUN Keadilan yang mempunyai pandangan berbeza dan menyatakan pendirian untuk berkecuali sewaktu undian dijalankan perlu dihormati. Mereka juga bukan semata - mata perlu menjadi boneka DAP walaupun ADUN Keadilan adalah sebahagian daripada organisasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP sepatutnya lebih memandang serious terhadap ADUN Tanjung Bungah dari Parti DAP yang terang - terangan menyokong usul tersebut sewaktu undian dijalankan dan memihak kepada UMNO yang menjadi pembangkang di dalam DUN Pulau Pinang sebelum membuat tuduhan melulu dengan melabel ADUN Keadilan memihak kepada UMNO.

Oleh yang demikian, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu YAB Lim Guan Eng menarik balik tuduhan yang dilemparkan serta memohon maaf atas ketelanjuran beliau membuat tuduhan melulu terhadap 5 ADUN Keadilan secara terbuka.

Sekian,

Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Pulau Pinang
22 Nov 15

posted from Bloggeroid

Thursday, 19 November 2015

Terima Kasih Tuan Leman Raja Lawak, bantuan mu akan kukenang sampai mati


"Terima Kasih Tuan Leman Raja Lawak, bantuan mu akan kukenang sampai mati"

Terima Kasih Tuan Leman, bantuan ni saya akan kenang sampai mati ', itu lah yg keluar dari mulut seorang penerima sumbangan daripada Leman Raja Lawak yg merupakan Ketua Parti Amanah Negara Parlimen Sik.

Penulis sempat mencari maklumat dimana tempat Leman Raja lawak selalu turun padang, kebetulan berjumpa dengan seorang pakcik yg buka kedai kopi di Sik, yg sememangnya mengenali leman dan sy sempat temuramah beliau.

Beliau menceritakan berkenaan seorang penduduk miskin yg sememangnya telah kehabisan duit dan untuk membeli susu dan barang dapur. Cerita ini menjadi buah mulut org ramai di kg belantik,Sik. Beliau sendiri mendengar cerita ini dari org kampung yg datang minum dikedai beliau.' dia akan kenang sampai mati '

'Didalam hujan yg lebat seorang pemuda yg berbaju oren keluar dari kereta dan pegi dari rumah kerumah tanpa mengira basah. Terus diberi salam dan beritahu, ' saya memegang Amanah Allah sebagai seorang islam untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk kampung yg tidak dapat menoreh getah kerana hujan lebat.Bantuan ni untuk ringankan beban makcik sekeluarga ya '

'Selepas itu pemuda berbaju oren itu terus kerumah yg lain dan berkata perkara yg sama.dalam plastik beg yg dia bagi tu ada gula, garam, kopi,teh, sardin, ikan masin, minyak,tepung dan sekampit beras 5 kilo. Setelah sy selidik rupanya dia leman raja lawak yg masuk parti baru yg kaler oren, dulu dia pas pon buat keja macam tu jugak, rajin turun padang budak leman tu.tak kira rumah sapa pon dia ketuk bagi bantuan ' kata pakcik tu.

Pakcik itu mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana paham kesusahan rakyat tambahan pula diwaktu hujan kepada leman dan parti baru yg bernama Amanah.

Tahniah Sik kerana mendapat pemimpin baru dari Parti Amanah Negara yg memahami masalah rakyat dan kuat bekerja.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 18 November 2015

Himpunan Bantah Penindasan Amerika dan Zionisma Sempena Kedatangan Obama!


Kenyataan Media
18 November 2015

Himpunan Bantah Penindasan Amerika dan Zionisma Sempena Kedatangan Obama!

Bersempena dengan kehadiran Presiden Amerika, Barrack Obama ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-27, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama sekutu anak muda bertekad untuk mengadakan sebuah aksi bantahan di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Mewakili suara ramai rakyat Malaysia, SAMM dan rakan sekutu organisasi massa lain akan berperanan memberitahu dunia bahawa kedatangan Obama tidak disenangi sama sekali.

Kedatangan Obama ke rantau ini juga dijangka bagi memuktamadkan perjanjian TPPA yang merupakan satu perjanjian berat sebelah dan hanya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat transnasional besar Amerika. Perjanjian TPPA juga dikenali sebagai satu penjajahan baru terhadap tanahair yang turut akan menjejaskan kedaulatan negara, merompak hasil bumi dan satu pembulian ekonomi.

Rakyat Malaysia juga tidak mengalu-alukan kehadiran Obama di atas polisi peperangan oleh pentadbiran Rumah Putih. Amerika perlu mendesak negara haram Israel menghentikan serangan terhadap Palestin dan Amerika juga harus menghentikan semua perang di mana Amerika terlibat secara langsung atau tidak langsung (dengan menggunakan proksi di sesebuah negara).

Maka dengan ini kami mengumumkan aksi bantahan seperti berikut;

Himpunan Bantahan Kedatangan Obama
Tarikh: 20 November 2015 (Jumaat)
Masa : 2 petang
Lokasi : Bermula di Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Media tempatan dan antarabangsa dialu-alukan untuk membuat liputan.

Sekian,

 

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

posted from Bloggeroid

Monday, 16 November 2015

Leman raja lawak perkenalkan Parti Amanah Negara ke pelusuk pedalaman Sik









Leman raja lawak perkenalkan Parti Amanah Negara ke pelusuk pedalaman Sik

Leman Raja Lawak tidak asing lagi nama panggilan itu buat kita semua. Beliau telah meninggalkan dunia hiburan lebih kurang 5 tahun tetapi namanya sentiasa menjadi sebutan hingga ke hari ini.

Sebagai Ketua Parti Amanah Negara Parlimen Sik, beliau mengatur langkah dan strategi dengan caranya sendiri menggunakan kelebihan populiriti yg ada bagi meraih sokongan dan penambahan ahli baru.

Jika kita melihat dari gerak kerjanya di group whatsapp dan facebooknya, setiap hari beliau akan posting gerak kerja kebajikan, lawatan, bantuan dan sebagainya. Ini adalah satu usaha yg gigih beliau lakukan.

Hebatnya leman ini, beliau tidak pedulikan tohmahan dan makian tetapi dilihat gerak kerja beliau tidak pernah berubah sejak bermulanya dari parti lamanya iaitu PAS dan sekarang beralih ke parti Amanah Negara.,beliau tetap meneruskan gerak kerja rakyat disegenap pelusuk pedalaman kawasan sik.

Yg peliknya disini, kami lihat dalam facebooknha penuh kata2 cacian. Tetapi diluar alam maya, beliau disambut dengan senyuman dari org kampung sehinggakan dapat menarik ramai ahli dari orang kampung menyertai AMANAH.

Disini kami lampirkan beberapa keping foto yg diambil dari facebook beliau.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.