VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
Blogger Kool
Wednesday, 8 October 2014
SIAPAKAH ROSMAH SEBENARNYA DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA?

Sehinggakan boleh guna jet rasmi kerajaan NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA terbang ke Padang pada 27 Ogos lalu SEMATA2 NAK TERIMA anugerah darjah tertinggi suku Minangkabau di Padang, Indonesia... !!!
Di kala subsidi rakyat DIKURANGKAN, KEMEWAHAN KEHIDUPAN SEORANG BINI PERDANA MENTERI M'SIA tidak boleh disangkal kerana beliau adalah R.O.S.M.A.H !!!
Adakah ANDA SANGGUP LAGI melihat ROSMAH bergelar bini PM slps PRU14 nanti ???
Realisasikan 'Langkah Kajang' ke Putrajaya

Kenyataan Umum
8 Oktober 2014
Realisasikan 'Langkah Kajang' ke Putrajaya
Segmentasi Wanita Muda SAMM (Wanita Muda) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor yang baru, YAB Azmin Ali dan juga barisan EXCO negeri Selangor yang baru. Sepertimana yang pernah dinyatakan SAMM sebelum ini, krisis pertukaran MB Selangor harus ditamatkan dengan segera.
Wanita Muda menghargai sikap YAB Azmin yang melantik lebih ramai barisan exco dari kalangan anak muda seperti YB Nik Nazmi, YB Amir dan YB Zaidy.
Seperti mana yang kita sedia maklum, langkah kajang dicaturkan bagi menukar MB Selangor selepas MB terdahulu dilihat gagal untuk terjemahkan manifesto yang diumum Pakatan Rakyat.
Antara slogan 'Langkah Kajang' ialah untuk melangkah ke Putrajaya. Sebagai NGO yang mesra PR, suka kami mengingatkan tentang salah satu janji pilihanraya PR ialah Pendidikan Percuma. Isu yang melibatkan anak muda khususnya golongan mahasiswa ini wajar diambil perhatian.
Walaupun PR tidak berjaya menguasai kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum lalu, tetapi PR masih mengekalkan penguasaan besar terhadap kerajaan selangor, sebuah kerajaan maju, kaya dan sangat mirip dengan persekutuan malaysia dari segi komposisi kaumnya.
Pendidikan Percuma
Sehubungan itu, besar harapan Wanita Muda mahu melihat YB Nik Nazmi selaku pengerusi tetap pendidikan melakukan sesuatu untuk melaksanakan manifesto PR bersesuaian dengan kemampuan kerajaan negeri.
Wanita Muda Mencadangkan;
1. Pendidikan percuma kepada semua pelajar institusi selangor ialah unisel, kuis dan inspens, atau
2. Pendidikan percuma kepada pelajar anak selangor di institusi Selangor, atau
3. Pendidikan percuma kepada pelajar miskin di institusi pendidikan Selangor atas inisiatif mengesan golongan ini dengan lebih tepat.
Jika pendidikan percuma dapat dilaksana, Unisel contohnya boleh menjalankan temuduga terbuka bagi memilih pelajar terbaik dari seluruh negara.
Namun sebagai menghormati dasar hak belajar dan pendidikan percuma untuk semua, Wanita Muda mencadangkan supaya ditetapkan kuota bagi memberi keadilan sewajarnya seperti 40% untuk anak selangor, 30% pelajar-pelajar pintar dari seluruh negara, 20% pelajar pertengahan dari keluarga miskin dan 10% pelajar antarabangsa.
Wanita Muda SAMM percaya YB Nik Nazmi mempunyai idea yang lebih baik, bagaimana cadangan ini mampu dilaksanakan.
Program ini jika berjaya dilaksanakan, mampu melonjak istitusi pendidikan selangor dengan cepat dan membuka mata rakyat malaysia bahawa pendidikan percuma bukanlah mustahil.
Dasar Perumahan
Masalah seterusnya yang membelengu anak muda ialah soal perumahan. Kini kawasan-kawasan yang dahulunya dilihat sebagai terkebelakang seperti Puncak alam, Kundang, Rawang dan lain-lain telah membangun dengan begitu pesat, pembangunan tersebut turut menyebabkan harga rumah melambung tinggi.
Jika dahulu kerajaan melaungkan slogan rumah mampu milik, kini rakyat hanya membaca slogan tersebut sebagai rumah mampu tengok. Ia langsung tidak mencecah kadar mampu dari sudut pendapatan bulanan.
Kerajaan selangor perlu segera menyelesaikan permasalahan ini, samada dengan membina rumah mampu milik yang boleh dibeli oleh rakyat melalui kaedah sewa beli ataupun membina rumah rumah untuk disewa oleh rakyat dengan kadar yang berpatutan.
Permintaan terhadap perumahan dan permainan dalam industri perumahan boleh juga dikurangkan dengan kaedah waqaf. Di mana, waqaf Selangor membeli rumah-rumah dikawasan strategik dan menyewakannya kepada rakyat dengan syarat-syarat tertentu.
Ini jika dilakukan tentu dapat menyekat nafsu golongan berkemampuan untuk menambah bilangan hartanah untuk disewakan, di mana mangsa sewaan mahal ialah golongan miskin, anak muda dan pelajar. Jika permintaan terhadap perumahan berkurangan, dengan sendiri harga rumah mampu diturunkan.
Sekian,
Young Syefura Othman
Penyelaras Segmentasi Wanita Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Tuesday, 7 October 2014
KANTOI! Fitnah Billboard Pesta Arak Di Selangor


IKLAN BILLBOARD PALSU
Ada juga yang timbulkan, ya benar kata YB! Tetapi billboard yang ada di Shah Alam ni bagaimana?
Saya jawab, “ada ke billboard tu? Di mana?”
Hakikatnya MBSA sudah sebut tiada billboard sedemikian rupa yang telah diluluskan oleh MBSA. Saya yakin ianya kerja cyber-trooper ISMA atau UMNO (sudah semakin sama) yang sengaja ingin membesar-besarkan isu ini. Hakikatnya sebelum ini tidak tahu mengenai program Oktoberfes. Dikatakan ianya telah diadakan di Subang pada 20 September. Ada yang tahu? Atau adakah yang hadir?
Kita tidak tahu kerana ianya tidak diiklankan di akhbar atau kawasan orang Islam. Ianya mungkin diiklankan di akhbar Cina, mungkin juga di akhbar Inggeris dan di tempat-tempat tertentu melalui media tertentu. Di papan tanda Masjid sudah pasti tiada. Utusan dan Berita Harian saya tidak tahulah sebab saya tidak baca, tapi rasanya tiada juga. Begitu juga di Sinar Harian. Maka, ummat Islam tidak tahu.
Masyarakat Islam hanya mula tahu apabila ISMA yang mengiklankan dan mempopularkannya. Sekira ISMA yang mengiklan dan mempopularkannya, maka adakah patut mempersalahkan orang bukan Islam? Yang ISMA sibuk sangat iklankan siapa suruh?
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Ayuh Bersama Serah Memorandum Protes Harga Minyak dan Bantah GST di Parlimen

Kenyataan Media
7 Oktober 2014
Ayuh Bersama Serah Memorandum Protes Harga Minyak dan Bantah GST di Parlimen
Penurunan jumlah subsidi yang juga menyebabkan kenaikan harga bahan api tempatan dijangka akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat. Malah respon umum menunjukkan penurunan subsidi yang disebut 'tak sengaja' oleh Perdana Menteri, cukup mengguris perasaan orang ramai.
Harus diingat, subsidi adalah hak milik rakyat Malaysia sebagai galang-ganti kepada setiap hasil galian khazanah negara yang ditemui, termasuklah petrolium, gas asli, bijih besi dan semua hasil bumi. Maka sekiranya mana-mana subsidi dipotong tanpa alasan yang kukuh, ia menjadi satu rompakkan terbuka hak milik rakyat.
Lebih parah, kenaikkan harga minyak berlaku ketika kerajaan dalam rangka memperkenalkan cukai baru iaitu GST. Secara tidak langsung, semua kenaikkan harga barang/perkhidmatan yang berpunca dari kenaikan harga minyak akan dikenakan jumlah cukai yang lebih besar. Ini menguntungkan pihak kerajaan berkali ganda manakala rakyat pula yang sengsara.
Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong penuh usaha gabungan NGO Bantah GST dan PROTES menyusun gerakan massa.
Bersempena perbahasan pembentangan bajet yang bakal berlangsung, satu aksi perarakan serahan memorandum akan diadakan di perkarangan Parlimen. Memorandum bantahan ini akan diserahkan kepada ahli parlimen dari pihak Pakatan Rakyat dan juga pihak ahli parlimen penyokong kerajaan (BBC) di mana kedua-dua belah pihak telah dimaklumkan.
SAMM menyeru kepada semua pihak, NGO atau NGI, berparti atau tidak berparti, penyokong kerajaan mahupun sebaliknya, untuk bersama dalam aksi tersebut adalah seperti berikut;
Perarakan dan penyerahan memo bantahan
Tarikh: 8 Oktober 2014 (Rabu)
Masa: 10 pagi
Lokasi: Depan Parlimen (berkumpul di Tugu Negara)
Kepada semua yang tidak bersetuju dan rasa tertipu dengan janji-janji yang tidak ditepati, anda dijemput hadir dalam aksi ini. Mohon juga kerjasama semua pihak khususnya pihak media untuk bantu hebahan dan membuat liputan.
Ayuh kita lihat, wakil rakyat mana yang benar-benar ambil peduli keresahan rakyat dari kerakusan demi kerakusan pemerintah. Terjemahkan undi anda dengan lebih berhati-hati agar tidak ditipu lagi.
Sekian,
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN
Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.



