VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 7 October 2014

Kegagalan 2 Temasya Sukan Berprestij, KJ Perlu Fokus Kerja Bukan Berzumba



Kenyataan Media
7 Oktober 2014

Kegagalan 2 Temasya Sukan Berprestij, KJ Perlu Fokus Kerja Bukan Berzumba

Khairy Jamaluddin memulakan karier sebagai seorang Menteri Belia dan Sukan dengan penuh bergaya dan berketerampilan. Dengan memperlihatkan keterbukaan penuh progresif seorang Menteri muda, Khairy Jamaluddin berjaya menggamit perhatian ramai anak muda di kala prestasi ramai anggota Kabinet Persekutuan dipersoal. 

Namun selepas berakhir dua temasya sukan yang punya prestij tersendiri iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia, nampaknya Khairy terus bergelut dengan prestasi pelbagai sukan negara kita. 

Kegagalan mencapai sasaran emas di Sukan Komanwel dan ditambah dengan persembahan yang jauh tersasar dalam Sukan Asia menambah perit Khairy. Tambah buruk seorang atlit kita terperangkap dalam persoalan penggunaan bahan larangan hingga mengakibatkan pingat emas yang dimenangi telah ditarik balik.
 
Dalam temasya Sukan Komanwel, prestasi atlit kita bukan sahaja tidak dapat mencapai sasaran pingat, malahan kita berada di kedudukan lebih bawah daripada seteru jiran, Singapura. Manakala dalam Sukan Asia pula, jumlah pingat emas yang diperolehi setaraf negara Mongolia.
 
Mengapa mutu sukan kita semakin merosot? Apakah kita tidak mempunyai atlit-atlit yang baik di sebalik 30 juta rakyat kita berbanding Singapura yang hanya mempunyai populasi 4 juta lebih penduduk sahaja? Atau pun KBS telah hilang keupayaan untuk menggarap dasar pembangunan sukan kita?
 
Khairy perlu segera mencari formula kemenangan jikalau tidak mahu mengikut jejak kegagalan Menteri terdahulu dalam mengangkat martabat sukan negara. Sama ada rombakan MSN dan ISN dengan suntikan "orang baru" yang ingin dilaksanakannya itu akan berjaya, hanya masa yang menentukan.
 
Tetapi sebagai seorang Menteri Kabinet berkelulusan Oxford sepatutnya Khairy telah mempunyai satu perancangan menyeluruh pembangunan sukan sebaik sahaja menjejakkan kaki di Pejabat Menteri KBS. Bukannya menunggu sehingga imej sukan negara terus merosot dan tercalar dalam dua aksi sukan berprestij ini.
 
Masakan Khairy tidak mempunyai idea progresif untuk pembangunan sukan seperti mana yang ditonjolkan dalam aksi Zumba sempena pelancaran FIT Malaysia? Masakan Khairy tidak mempunyai bakat sebagai seorang Menteri dan pemimpin muda seperti mana bakat yang ditonjolkan di layar perak?
 
SAMM mempersoalkan di manakah Khairy ketika negara perlu melahirkan lebih ramai atlit pelapis masa depan? Apakah Khairy tidak dapat melihat keperluan untuk memunculkan pelapis Dato' Lee Chong Wei? 

Apakah Khairy sedar akan kelemahan Persatuan Sepak Takraw hingga menyebabkan skuad kita tewas kepada Korea Selatan?
 
Khairy perlu berbuat sesuatu jika mahu terus glamour di kalangan anak muda, tetapi bukan dengan aksi zumba dan aksi lakonan layar perak tetapi perlu hadir dengan idea progresif untuk membangunkan sukan negara kita. Janganlah hanya berbelanja besar dalam bidang sukan tetapi hasilnya memualkan - ini suatu tragedi. 
 
Jika kegagalan mencapai sasaran emas dalam temasya-temasya sukan berprestij sebegini terus berulang, tidak dapat tidak Khairy perlu berbisik kepada Perdana Menteri untuk menukar ke Kementerian lain ataupun menghantar sepucuk surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Khairy Jamaludin menteri kelahiran Oxford yang disangka hebat, rupanya hanya seorang hero 'bed time story' semata.

Zuraidi Abdullah
Penyelaras Segmentasi Sukan SAMM
Solidariti Anak Muda Malaysia

20 Sen: Hadis Riwayat At Thabrani Untuk Perdana Menteri


"Kelak pada AKHIR ZAMAN akan ada pemimpin yang aniaya,menteri-menteri yang fasik,hakim-hakim yang curang dan ulama-ulama pendusta.Barangsiapa diantara kamu nanti SEMPAT MENEMUI ZAMAN INI,maka hendaklah ia tidak menjadi pegawai pajak,kaki tangan kerajaan dan PENGUASA UNTUK MEMBANTU KEBURUKKAN yang telah mereka lakukan."(HR.Thabrani).

SALAM 20 SEN BUAT Najib Razak... Semoga pemimpin2 negara sedar & bertaubat kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat selagi nyawa dipinjamkan oleh Allah terhadap hambaNya masih ada...

BANTULAH RAKYAT BUKANNYA MENINDAS RAKYAT...
KALAU SUBSIDI RAKYAT KAMU TERGAMAK KURANGKAN, Kami Juga Mahu Gaji & Elaun2 Pemimpin UMNO/BN JUGA DIKURANGKAN !!!

Rakyat yang dizalimi dan hak-hak mereka untuk bersuara telah dinafikan maka segala dosa dan kesalahan ini akan dituntut oleh rakyat di hari akhirat nanti...

Wallahualam~

Kupon Parking Dewan Bandaraya Negeri Pimpinan BN Laksanakan GST Lebih Awal


Dewan Bandaraya Kota Kinabalu laksana Goods Service and Tax secara senyap sebelum tahun 2015 yang di umumkan oleh Najib Razak.

Rm10.60 termasuk 6% GSTn

Adakah perkara ini sudah mendapat perkenan pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan?

Jangan Tipu Lagi! Sudah Berkali Subsidi Bahan Api Dikemaskini, Hutang Kerajaan Semakin Bertambah


JANGANLAH BOHONG... DAH BANYAK KALI SUBSIDI MINYAK DIKURANGKAN TETAPI HUTANG KERAJAAN TETAP SEMAKIN BERTAMBAH!!!

Semenjak Najib & Menteri2 bodek keluar kenyataan kebangangan mereka TAK SENGAJA NAIKKAN MINYAK maka timbul lah beberapa pakar menonjolkan diri tahap 'kecerdikan' mereka membela Najib..

Twitter Najib Di Serang Rakyat Kerana 20 Sen


Hangpa tak kasihan ker Najib diserang bertubi2 'MINYAK 20 SEN'... Puas Rosmah nak re-tweet balik...

AMEK HANG!!!.. “Macam mana nak bertolak pulang kalau isi minyak pun tak cukup duit. Naik kereta lembu lah macam ni !!!"

PEMIMPIN YANG TAK SEDAR DIRI.. SUBSIDI RAKYAT HANG KURANGKAN & HAPUSKAN.. TETAPI ELAUN & GAJI HANG RAKYAT TETAP TANGGUNG !!!

Protes 20 Sen, Sampai Najib Mengalah Dengan RAKYAT

Monday, 6 October 2014

Bot Tempur CB204 Hilang Di Perairan Sabah



Assalamualaikum YBhg Dato', tnx dan pnx..Dimajukan untuk makluman semua. Dimaklumkan kronologi kehilangan CB 204 adalah seperti berikut:-

0500- CB 204 telah keluar PTKK, diiringi oleh KD PAUS untuk ke RMN STA UNIFORM.
1030- KD PAUS menghubungi Bilik Operasi MAWILLA 2 menggunakan INMARSAT, menyatakan tujuan untuk berpatah balik ke PTKK bersama CB 204, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan dan sea state 4/5.

1035- Bilik Operasi MAWILLA 2 mengubungi semula KD PAUS untuk menyatakan "permission granted" untuk berpatah balik ke PTKK bersama CB 204.

1305- KD PAUS menghubungi terus KPSO MAWILLA 2 untuk menyatakan "lost comm" dan "lost visual sight" terhadap CB 204.

1400++ PWL 2, KPSO MWL 2, OPSO KD LEKIU, OPSO KD SERANG, Pilot & TACCO Super Lynx berada di Bilik Operasi MWL 2, untuk ketetapan beberapa perkara:-
* Menghubungi RMN STA LIMA, dan tidak kelihatan CB 204 di persekitaran RMN STA LIMA.
* Memaklumkan agensix lain, dan agensix yang lain tidak mengesan kedudukan CB 204.
* seterusnya CB 204 diisytiharkan hilang based on "lost comm procedure".

1525- Bilik Operasi MWL 2 menghubungi POU MAWILUD 2 untuk bantuan pencarian udara.

1730- KD LEKIU dan KD SERANG keluar PTKK ke Pu Mangalum.

1736- B200T take-off Labuan ke Pu Mangalum, dijangka smpi di Pu Mangalum 1800.

Sekian makluman awal untuk perhatian tnx semua.

Sunday, 5 October 2014

Soalan Berani Mati Untuk Perdana Menteri Dari Ahli UMNO Bernombor 02982371


1. Awak ni sebenarnya pernah ke hidup susah ? Pernah ke makan anak tamban kering,bersayurcendawan liar dan di mamah dengan beras usang kerana kejatuhan harga getah ? Apa yg saya tengok kehidupan awak dalam filem TANDA PUTERA (filem wajib BTN) adalah semewah mewah kehidupan...(jangan pulak lepas ni awk arahkan Suhaimi Baba edit filem tersebut utk tunjuk awak motong getah)....

2. Awak ni pernah ke meniaga kecil kecil lan jual keropok lekor di pasar malam dgn gunakan kereta kancil 660.(kononnya sahut seruan mentri utk tambah pendapatan)..dah habih niaga kancil tak leh start pasal bateri kong...puncanya bateri yg sama diguna utk menerangi lampu waktu berniaga..?
Pas tu bila balik kena tahan polis pasal payung berniaga..terjojol kat tingkap kancil ? Lepas tu kena saman pasal "kereta persendirian tak boleh bawa berniaga"....

3. Awak tahu tak hari ni org berpusu pusu pergi pasar beli persiapan raya ...bukan saja harga ayam yg naik..bahkan harga lengkuas,serai,daun kunyit pun naik...mana dia yg dikata KPDN akan pantau harga? Sedangkan saya tak nampak seorang pun penguatkuasa yg bertugas.. Lepas ni saya agak mesti ada menteri2 pembodek (terutama hasan malek,ku nan,shafei afdal,mat maslan,mail sabri) yg akan berkata..harga lengkuas naik sbb rakyat malas tanam !

4. Awak pernah ke melawat sesuatu kawasan dan nampak realiti sebenar?
Yg saya tau..bila awak turun tempat itu akan di hias indah..jalan berlopak akan di tampal atas arahan Fadilah Yusof...dan dilaksanakan oleh Jurutera Daerah...semua yg indah2 akan di pasang hingga tertopenglah wajah sebenar...semua sepanduk alu aluan akan di pasang...oleh Pemuda2 UMNO dan BN..yg diupah 30 ringgit dan di belanja tomyam oleh UMNO Bahagian ?

5. Pernahkan awak jalan bersendirian (mungkin boleh di temani 2-3 UTK) memandu waja dan melihat kehidupan rakyat marhaen ? Supaya awak boleh menyelami kehidupan mereka....
Yg saya tau...sekiranya awak nak turun...seminggu lebih awal SB akan berkampung dulu...di waktu lawatan pula seluruh agensi keselamatan akan mengawal lokasi...siren peronda pula akan melalak lalak di setiap laluan hingga orang buta pun tahu awak dah sampai....

6. Pernah kah awak secara terbuka menjumlahkan kerugian negara yg di seleweng oleh kroni kroni awak? Berapa bilionkah jumlah itu hingga rakyat terpaksa membayar dgn kos kenaikan harga minyak? 

7. Bila awak nak letak jawatan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.