VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 30 September 2014

Kajang Banjir: Kak Wan Hargai Dan Berterima Kasih Kepada Semua Yang Bertindak Pantas



Kak Wan amat hargai dan berterima kasih di atas tindakan pantas staf pejabat DUN Kajang, Ahli Majlis dan pegawai2 MPKJ yang bertindak segera membersihkan Kawasan banjir petang tadi.

Kawasan di persekitaran Pasar Kajang sering dilanda banjir kilat jika hujan lebat. Petang tadi lebih 10 buah kereta dimasuki air.

Kantoi: Awas Tipu Daya Untuk Memburukkan Mujahidin Dan Menipu Umat Islam Seluruh Dunia Dengan Rakaman Studio




Cerita yang direka untuk memburukkan perjuang Islam di Iraq dan Syria. Berita palsu ini juga turut di tayang di TV3 dan media arus perdana seluruh Malaysia.

Seorang wartawan dari Amerika Syarikat, James Wright Foley, 40, telah dipenggal kepala oleh kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai membalas dendam kepada Amerika Syarikat kerana melancarkan serangan di Iraq, 12 hari lalu.

Foley hilang sejak November 2012 selepas diculik ketika membuat liputan untuk agensi beritanya, GlobalPost di Taftanaz di utara Syria.

Imej kepalanya dipenggal itu telah dimuat naik dalam media sosial sebagai pesanan kepada Amerika Syarikat.

Selepas Foley dibunuh, ISIS memberi amaran bahawa seorang lagi wartawan majalah TIME, Steven Joel Sotloff, yang hilang sejak tahun lepas juga akan dibunuh selepas ini.

Sebelum dibunuh, Foley telah menyampaikan mesej kepada abangnya John, yang berkhidmat sebagai anggota tentera udara Amerika Syarikat.

“Saya akan mati hari ini John, apabila rakan sekerja awak mengugurkan bom ke atas mereka ini, Mereka (Amerika Syarikat) telah menandatangani sijil kemajian saya,’’ katanya.

Dalam mesejnya itu juga, Foley turut merayu diberikan masa sebelum dibunuh, supaya dia dapat melihat keluarganya semula.

“Saya berharap saya mempunyai banyak masa. Saya berharap mendapat kebebasan dan melihat keluarga saya semula namun semua itu telah berlalu. Saya berharap saya bukannya rakyat Amerika Syarikat,’’ demikian kata-kata menyayat hati Foley sejurus sebelum dibunuh. Agensi

Kantoi: Awas Tipu Daya Untuk Memburukkan Mujahidin Dan Menipu Umat Islam Seluruh Dunia Dengan Rakaman Studio




Cerita yang direka untuk memburukkan perjuang Islam di Iraq dan Syria. Berita palsu ini juga turut di tayang di TV3 dan media arus perdana seluruh Malaysia.

Seorang wartawan dari Amerika Syarikat, James Wright Foley, 40, telah dipenggal kepala oleh kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai membalas dendam kepada Amerika Syarikat kerana melancarkan serangan di Iraq, 12 hari lalu.

Foley hilang sejak November 2012 selepas diculik ketika membuat liputan untuk agensi beritanya, GlobalPost di Taftanaz di utara Syria.

Imej kepalanya dipenggal itu telah dimuat naik dalam media sosial sebagai pesanan kepada Amerika Syarikat.

Selepas Foley dibunuh, ISIS memberi amaran bahawa seorang lagi wartawan majalah TIME, Steven Joel Sotloff, yang hilang sejak tahun lepas juga akan dibunuh selepas ini.

Sebelum dibunuh, Foley telah menyampaikan mesej kepada abangnya John, yang berkhidmat sebagai anggota tentera udara Amerika Syarikat.

“Saya akan mati hari ini John, apabila rakan sekerja awak mengugurkan bom ke atas mereka ini, Mereka (Amerika Syarikat) telah menandatangani sijil kemajian saya,’’ katanya.

Dalam mesejnya itu juga, Foley turut merayu diberikan masa sebelum dibunuh, supaya dia dapat melihat keluarganya semula.

“Saya berharap saya mempunyai banyak masa. Saya berharap mendapat kebebasan dan melihat keluarga saya semula namun semua itu telah berlalu. Saya berharap saya bukannya rakyat Amerika Syarikat,’’ demikian kata-kata menyayat hati Foley sejurus sebelum dibunuh. Agensi

Monday, 29 September 2014

PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN


Post by Safwan Anang

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN

SERAHAN SURAT
PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN

Kepada
YB DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG
PRESIDEN PAS

Menekuni sistem politik dwi-parti, Pakatan Rakyat (PR) perlu menjadi sebuah koalisi politik yang kukuh sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Malah PR juga dilihat sebagai harapan baru rakyat Malaysia apabila memenangi 52 % undi popular dalam PRU 13 yang lalu. Maka tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang yang kuat akan memberi kesan berbalik yang positif kepada rakyat Malaysia. Namun sekiranya pakatan politik pembangkang lemah, maka ia akan membuka ruang kepada Kerajaan yang memerintah mentadbir secara wewenangan sekaligus menindas rakyat.

Setelah membuat analisis terhadap beberapa forum anjuran LENSA berkaitan krisis politik Selangor, dapat disimpulkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai salah sebuah rakan komponen PR banyak menyumbang kepada krisis yang berpanjangan sekaligus mengganggu gugat keutuhan permuafakatan PR.

Oleh itu, LENSA akan menyerahkan surat rasmi kepada pihak Presiden PAS, YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang bagi menyuarakan tuntutan agar PAS berhenti mencetuskan ketegangan sesama rakan PR. Satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas surat diserahkan.

Serahan surat ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Serahan Surat
‘PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN’ Kepada YB Presiden PAS

Tarikh:
30 September 2014 (Selasa)

Masa:
10.00 Pagi

Tempat:
Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
(Di Hadapan Pintu Utama)

Oleh itu, LENSA ingin mengundang rakan-rakan media untuk membuat liputan serahan surat dan sidang akhbar ini.

Untuk sebarang maklumbalas atau pertanyaan, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Penyelaras Program di talian 013-6025 461 (Ekhsan) atau emelkan kepada syukri.lensa@gmail.com.

Sekian. Terima kasih

OPERASI UG DI DALAM PAS


OPERASI UG DI DALAM PAS
Oleh Nie Feng

Ini adalah salah satu contoh operasi geng UG di dalam Pas.

Membuat kenyataan akhbar yang boleh menyebabkan pergeseran dalaman PR mahupun di dalam Pas sendiri berlaku.

Nik Abduh ialah salah seorang pendokong UG (Pakatan Umno di dalam kelam) yang ingin melihat PAS berpecah dan keluar dari Pakatan Rakyat.

1. Kenapa Presiden PAS Hj Hadi tidak pernah menegur kumpulan ini..?

2. Kenapa tiada kata dua di berikan kepada mereka ini.?

3. Kenapa tiada tindakan disiplin keatas mereka..?

4. Mereka ini membuat kenyataan atas kapasiti apa..?

JAWAPAN: Kerana Presiden PAS itu sendiri memang membenci Pakatan Rakyat kerana beliau mempunyai agenda tersembunyi bersama Umno.

Di belakang Nik Abduh, Khairuddin AtTakiri, Nasarudin Tantawi, Zaharuddin( Din Ayam) dan lain-lain lagi ialah Hj Hadi itu sendiri.

Yakinlah selagi ada UG dan Hj Hadi di dalam pimpinan Pas selagi itulah masalah tidak akan selesai.

Tidak bertanggungjawab atas kenyataan beliau

Kalau tak setuju sila komen...

Kejutan Proton Iriz ACTIVE Dikatakan Kembar Kepada Citroen DS3


Petang semalam Proton memberikan satu kejutan dengan memperkenalkan Iriz ACTIVE, sebuah prototaip crossover yang telah dilancarkan oleh Pengerusi Proton, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Hari Terbuka “Alami Proton”. Iriz ACTIVE merupakan crossover bandar kompak yang dilengkapi pelbagai teknologi canggih dalam rekabentuk yang versatil. Ini secara tidak langsung menambahkan lagi variasi model Iriz yang sememangnya direka untuk gaya hidup yang dinamik.

Proton Design telah membangunkan elemen rekaan baharu, perincian dan kemasan yang unik untuk Iriz ACTIVE. Dengan pelapik badan, rak bumbung dan ground clearance yang tinggi, ia membuatkan model ini amat mengujakan. Rekaan lampu nyalaan siang, lampu signal dan kombinasi lampu belakang menampilkan teknologi terbaru illuminasi yang dinamakan Nexlide.

Grafik badan Cool Clear dengan kombinasi warna badan Earth Grey dan Oren metalik menambahkan lagi kecanggihan model ini. Ruang dalaman pula terutama sekali dibahagian tengah papan pemuka didominasi oleh paparan skrin sesentuh LCD berdefinasi tinggi. Panel meter turut menggunakan paparan skrin digital. Tempat duduk dan kemasan pintu diberikan sentuhan grafik untuk menjadikannya dinamik dan mewah.

Antara teknologi yang diadaptasikan pada model Iriz ACTIVE adalah ADAS (Autonomous Emergency Braking System), Nexlide, Digital Overhead Console, Integrated Air Purifier, paparan meter dan konsol tengah LCD  dan pengecas tanpa wayar.

* Hari Terbuka “Alami Proton” telah mencatat kejayaan yang membanggakan dengan jumlah pengunjung seramai 22, 500 orang! Saya difahamkan acara seperti ini bakal diadakan pada tahun hadapan sempena ulang tahun ke-30 Proton, nantikan! Mungkin sambutan tahun hadapan lebih meriah agaknya.

* Saya sempat berbual dengan Azlan Othman tadi, katanya Proton bakal menjadi pengeluar kereta pertama menggunakan teknologi Nexlide dari Korea. Nexlide ini konsepnya hampir sama dengan lampu kalimantang. Bila dan model mana akan menerima teknologi ini masih belum ditentukan kerana ianya bergantung kepada kos dan sebagainya. 

Sebab Sebenar, Ahli Majlis MPPP Dari PAS Digugurkan


Kenyataan media merujuk ucapan wakil Pulau Pinang dalam muktamar PAS

Merujuk kepada ucapan wakil Pulau Pinang Saudara Iszuree Ibrahim yang membahaskan ucapan dasar presiden dalam muktamar PAS di Batu Pahat, saya ingin meluahkan kekesalan atas ucapan yang dilihat amat tidak wajar untuk diluahkan oleh salah seorang pembuat dasar di Pulau Pinang.

Sebagai seorang Ahli Majlis (pembuat dasar) beliau tentu sudah sedia maklum dengan pendekatan kerajaan negeri dalam isu perumahan rakyat dengan cuba untuk mewujudkan projek-projek perumahan mampu milik di sekitar Pulau dan di kawasan Seberang Prai. Beberapa lokasi yang telah dikenalpasti untuk dibangunkan perumahan mampu milik sedang dalam proses seperti S.P.Chelliah,Teluk Kumbar, Batu Kawan dan Kampung Jawa.

Umum sedia maklum Kerajaan Pakatan Rakyat sedang mengadakan kempen "road show mission home possible" bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Pulau Pinang bagi memiliki kediaman sendiri dengan nilai yang berpatutan. Pendekatan ini bagi memastikan golongan sasar memperolehi laba hasil dari kempen ini.

Saudara Iszuree juga harus melihat kepada banyak kes pengambilalihan tanah oleh pemaju yang telah dibantu oleh kerajaan negeri sebagai pemudahcara bagi memastikan penduduk yang mendiami diatas tanah tersebut diberi pampasan sewajarnya. Walau ada dari kes yang dihadapi kerajaan negeri menghadapi masalah kerana penduduk dipengaruhi oleh pembangkang agar tidak menerima bantuan dari kerajaan negeri sehingga mengakibatkan penduduk menanggung kerugian dalam bentuk pampasan. Tetapi atas dasar membantu rakyat terbanyak mereka dibantu juga untuk memastikan pampasan sewajarnya diperolehi.

Mungkin kegusaran Sdr Iszuree bersandarkan kepada isu yang membabitkan peningkatan nilai hartanah di Pulau Pinang yang dilihat melonjak kebelakangan ini. Tidak dinafikan peningkatan nilai hartanah diakibatkan oleh kepercayaan dan keyakinan pelabur untuk terus melabur di Pulau Pinang. Mereka yakin keatas kerajaan negeri sedia ada yang didominasi oleh 3 Parti dalam Pakatan Rakyat. Biarpun demikian Kerajaan negeri dilihat terus memastikan perumahan mampu milik diberi keutamaan dan kes yang melibatkan pengambilan tanah terus dibantu bagi memastikan penduduk mendapat pembelaan sewajarnya.

Sebagai pembuat dasar dalam kerajaan tempatan beliau harus memainkan peranan dalam mewujudkan polisi dan dasar yang akan lebih memastikan kebajikan dan keuntungan untuk penduduk di Pulau Pinang. Beliau lebih harus peka untuk menyuarakan kebimbangan dan idea untuk pendekatan lebih baik melalui saluran yang lebih efesyen berbanding dengan memberikan ucapan didalam forum yang kurang sesuai.

Sebagai rakan ahli majlis di Majlis Perbandaran Pulau Pinang saya merasakan wajar untuk Sdr Iszuree menjelaskan dan memastikan ucapan beliau tidak disalah anggap. Fakta-fakta berkaitan isu perumahan harus dihadam dengan lebih baik sebelum membuat apa-apa kesimpulan. 

Sekian.

Ahmad Azrizal Tahir
Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Timbalan Ketua Cabang,
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.