VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 2 September 2014

Statement ringkas Angkatan Muda Keadilan P.Pinang


Keadilan AMK P.Pinang kesal dan mengutuk tindakan PDRM yang membuat  tangkapan Pasukan Peronda Sukarela pada sambutan hari Kemerdekaan selepas aktiviti dijalankan di sini pagi tadi.Ini juga mengugat keharmonian ketika hari kemerdekaan sedang dinikmati semua rakyat.

AMK P.Pinang juga mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bertaraf state agencies.

Penahanan mereka membuktikan sekarang ini pihak polis tidak peka kepada mereka yang banyak membantu dan menyelesaikan masalah dalam semua hal ehwal keselamatan di kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu PDRM mengawal jenayah serta kebajikan penduduk setempat.

Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram?PDRM jangan hanya menjadi agen pada UMNO/BN ketika kegagalan JKKKP tidak dapat mengambil hati masyarakat setempat. PDRM sepatutnya membantu Pasukan Peronda Sukarela untuk bekerjasama dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Justeru itu Angkatan Muda Keadilan P.Pinang mendesak supaya pihak PDRM membebaskan mereka segera tanpa syarat.

Aidil Ibrahim
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan P.Pinang

Zahid Hamidi Dicabar Tangkap Suhaizan Kayat


Sehari selepas 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang ditahan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama.

"Tindakan yang sama juga akan diambil oleh pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini

Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan di antara PPS dan Unit Amal, yang telah beroperasi selama beberapa dekad dan membantu dalam pengawalan orang ramai semasa protes pembangkang dan juga acara-acara amal PAS.

Ahmad Zahid mempertahankan tindakan polis menangkap anggota PPS pada hari sambutan Kemerdekaan semalam dan menyalahkannya ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
 
Katanya, Lim mencabar Ketua Polis Negara (IGP) untuk mengambil tindakan, maka IGP mengambil tindakan.
 
Oleh itu, Zahid berkata apakah ianya salah IGP mengambil tindakan tersebut apabila beliau dicabar oleh seorang pemimpin dari negeri itu.

Monday, 1 September 2014

Ugutan Terhadap Unit Amal, Zahid Hamidi Lebih Sudu Dari Kuah


ISU PENAHANAN ANGGOTA PPS DAN "UGUTAN" TERHADAP JABATAN AMAL

Saya membaca liputan di Malaysiakini berkenaan dengan kenyataan YB Menteri 1Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa "Unit Amal PAS bakal berdepan tindakan sama" (merujuk kepada penahanan anggota PPS di Pulau Pinang).

Saya selaku Setiausaha Lajnah Undang2 & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat ingin menyatakan bahawa "SELURUH PEGUAM PAS BERSEDIA UNTUK KE BALAI & MAHKAMAH BAGI MEMBELA AHLI JABATAN AMAL" jika ditahan @ ditangkap.

Tangkap dan/atau dakwalah kesemua Ahli Jabatan Amal di seluruh pelosok tanahair, biar mahkamah menentukan sama ada ia salah @ tidak di sisi undang2. Jangan YB Datuk Menteri terlebih sudu dari kuah di dalam membuat "jatuh hukum" bagi pihak Mahkamah.

Akhir kata, saya ingin mengingatkan YB Datuk bahawa negara ini mempunyai sistem perundangan dan negara ini adalah hak rakyat Malaysia secara bersama, bukan milik BN @ Menterinya sehingga boleh membuat kenyataan yang "seolah-olah" memperlihatkan kurang cerdiknya tahap pemikiran Menteri di 1Malaysia.


~ ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS
Ajk PAS Pusat merangkap SU LUHAM

Unit amal tak pernah melakukan apa2 tugas seperti kawalan keselamatan kampung atau bandar, tak pernah melakukan operasi menangkap pendatang tanpa izin, operasi cegah jenayah,

Unit amal hanya melakukan kawalan lalulintas untuk program parti dan ceramah agama, memberi bantuan kepada mangsa bencana, bentara rumah kenduri, melakukan gotong royong.

Tahanan Pertama PPS Di Bebaskan



Seramai lebih dari 156 orang dab seorang YB di tahan sejak dari semalam. Baru sebentar tadi jam 5.50 petang, tahanan PPS pertama dibebaskan dari IPD Timur Laut.

Dalam pada itu Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan negeri merehatkan anggota PPS di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat berhubung status pertubuhan sukarelawan itu.

Namun kata Guan Eng orang ramai di negeri ini masih boleh menggantikan peranan PPS dengan membantu pihak polis meneruskan langkah kepolisan masyarakat untuk mencegah jenayah.

Unit Amal Bakal Terima Nasib Seperti PPS



Unit Amal dan PPS selalu membantu pihak berkuasa menjalankan tugas seperti di kawasan Ceramah, Pakir Ceramah, Kenduri Rakyat, Lalu lintas dan Pelbagai lagi kerja yang membantu masyarakat.

Kini unit amal jugak bakal terima nasib seperti PPS..

Bermula dengan kita sesama Pakatan Rakyat mula bercakaran, huru hara.. Mereka mula ambil kesempatan atas kelemahan kita..

Bermula dengan PPS
Tak lama lagi Unit Amal
Dan hari lainnya NGO yang menyokong PR

Kalau kita terus lemah meraka mudah masuk jarum dan kita bercakaran, dan rancangan sulit mereka berjalan.. dan mereka berjaya..

Teruskan bercakaran atau kita menutup semula kelemahan kita

PPS Dapat Restu Polis Negeri Pulau Pinang, Tetapi Tidak Di Peringkat Pusat


Kenyataan Akhbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang Pada 1.9.2014. 

Dalam satu mesyuarat EXCO tergempar hari ini yang disokong oleh semua 30 ADUN PR daripada DAP, PAS dan PKR, 8 usul berikut telah dicapai. 

Mengecam dengan sekeras-kerasnya arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan tangkapan besar-besaran 156 peserta Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang(PPS) yang tidak bersalah semasa mereka menghadiri perarakan tahunan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2014 di Padang Kota Lama, termasuk Ahli EXCO Kebajikan Masyarakat dan Alam Sekitar YB Phee Boon Poh, yang telah pun dipertanggungjawabkan oleh EXCO Pulau Pinang untuk menguruskan hal ehwal PPS.

Menganggap semua 156 peserta PPS yang ditahan adalah wira masyarakat Pulau Pinang kerana ditahan bukan kerana melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang tetapi melakukan kerja-kerja amal yang baik.

Menegaskan bahawa PPS adalah badan yang sah diluluskan oleh kerajaan negeri menerusi mesyuarat EXCO pada 8 April 2009. Cara PPS diluluskan adalah sama dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ataupun JKKK(P) yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum 2008. Matlamat PPS adalah untuk membantu kerja bantuan bencana dan kecemasan serta memberikan segala bantuan kepada pihak polis jika diperlukan. Semua rakyat Pulau Pinang dibenarkan mengambil bahagian tanpa kira kaum, agama ataupun latarbelakang. Kini peserta-peserta PPS yang berbilang kaum merangkumi 9,002 orang yang terdiri daripada 2,970 orang Melayu(33%), 5,123 Cina(57%) dan 873 India(10%). Sejak kelulusan itu PPS telahpun menjalankan tugas mereka dengan baik dengan restu pihak polis. Selama 4 tahun ini, PPS tidak menghadapi sebarang masalah dengan pihak polis kecuali satu dua insiden yang telahpun diambil tindakan disiplin oleh kerajaan negeri dan hukuman oleh mahkamah. Perlu ditekankan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana perlakuan tidak berdisiplin atau yang bersifat jenayah oleh peserta PPS.

Mengecam kenyataan menghasut Ketua Polis Negara yang menyatakan bahawa PPS adalah pertubuhan haram dan fitnah jahat beliau bahawa peserta PPS adalah samseng. Menyokong penuh saranan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mencabar Ketua Polis Negara berbahas tentang perkara ini untuk menentukan kebenaran.

Menyediakan bantuan guaman dan kewangan untuk membantu 156 ahli PPS dan YB Phee yang ditahan polis, untuk menghadapi proses perundangan mahkamah. Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan. Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk membela mereka serta membuktikan kesahihan PPS.

Memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS. Melahirkan harapan bahawa masyarakat setempat di Pulau Pinang boleh menggantikan peranan yang dimainkan oleh PPS selama ini dengan membantu pihak polis menjalankan kepolisan masyarakat untuk mencegah jenayah demi mengekalkan kedudukan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri yang paling selamat di Malaysia.

Mendesak bahawa kesemua 135 peserta PPS yang ditangkap oleh polis dibebaskan dengan segera dan tidak terus dianiayai dengan perintah reman, selepas 21 peserta PPS dibebaskan dengan jaminan polis pada awal pagi 1 September 2014.

Mengutuk perbuatan khianat dan jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang melontarkan “Molotov cocktail” ke dalam kediaman YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang jelas bertujuan untuk mencederakan dan mengugut beliau untuk niat jahat yang belum dikenalpasti. Meminta pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan keselamatan peribadi dan kediaman YAB Ketua Menteri serta menangkap penjenayah-penjenayah tersebut.

Diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi pihak EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Adakah Undang-Undang Malaysia Hanya Untuk Pembangkang?


JKKKP terang-terang bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri dan pembaziran wang rakyat yang hanya untuk kepentingan politik UMNO ..

Kenapa pekara ini dibenarkan oleh pihak berkuasa di negara ini?

ADAKAH UNDANG DI NEGARA KITA 'HANYA' TERKENA PADA PEMBANGKANG???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.