VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 16 July 2014

Harga Lesen Meningkat, Memberi Tekanan Kepada Rakyat


Kenaikan Harga Lesen Memandu Tidak Masuk Akal

Kenaikkan harga lesen dari memandu kereta ke tahap RM2000 dan Motorsikal ke tahap RM1000 adalah sangat tidak masuk akal. Kenaikkan mendadak ini juga mendatangkan reaksi negetif dari pelbagai pihak khususnya anak muda.

SAMM Pulau Pinang dengan ini menggesa pihak berwajib supaya kenaikkan ini dibatalkan segera. Pihak kerajaan yang dipimpin Umno Bn juga harus peka dengan permasalahan anak muda dalam keadaan ekonomi yang gawat dengan kenaikan pelbagai harga barang ketika ini.

Apakah tabung negara sudah kontang dikerjakan pihak tertentu hingga memaksa rakyat khususnya anak muda mengeluarkan lebihan wang untuk lesen memandu? 

Pemimpin negara dilihat bermewahan, malah anak menteri dilihat menaiki Lamborghini yang bernilai lebih RM3 juta ringgit. Ketika yang sama anak muda lain pula dihukum dengan kenaikan kadar lesen baru yang amat membebankan.

SAMM P.Pinang membantah kenaikan ini dan akan melancarkan kempen bantahan di peringkat Pulau Pinang dalam pelbagai bentuk aksi. 

Sekian

Afzanizam Hashim
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang

Harga Lesen Meningkat, Memberi Tekanan Kepada Rakyat


Harga lesen meningkat dimalaysia

Kerajaan pemerintah yg dikawal oleh UMNO BN di malaysia terus memberi tekanan pada rakyat

Pada 14 julai 2014 harga lesen akan dinaikkan secara mendadak. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak bersetuju dengan sekeras-kerasnya pada kadar harga baru yg meningkat.

Dengan keadaan tahap ekonomi negara yg semakin meningkat sekarang juga membebankan rakyat. Bagaimana pula generasi anak muda akan bertaruh masa depan mereka ke arah yg lebih baik pada masa akan datang.

Timbul persoalan mengapa pihak kerajaan tidak dapat mempertimbangkan kadar harga tersebut yg akan diluluskan pada 14 julai 2014.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak pihak kerajaan yg diperintah oleh UMNO BN untuk mengkaji semula dan tidak menaikkan kadar harga ini.

SAMM juga melihat kelemahan pihak kerajaan menangani isu ini.

Afzanizam bin Hashim

Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Pulau Pinang

CDM 25: Awek Stereng Lock Penyokong Tegar BN?




Memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kerana kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka lagak samsengnya telah dirakam oleh seseorang dan menjadi trending di sosial media. Ramai lagi pemandu lain yang terlibat kemalangan yang lebih hebat dari ini tetapi tidak bertindak mengetuk-getuk kereta yang melanggar dengan stereng lock.

Tak sangka pulak warga media sosial selidik hingga jumpa gambar ini.. Bahawa perempuan ini penyokong BN? Apa komen Najib Razak bilamana ahli parti berkelakuan sebergini rupa?

CDM 25: Kenapa DiGi Mahu Membayar Kos Baik Pulih Kedua-dua Kenderaan?


Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta seorang wanita, di mana video insiden wanita mengamuk terbabit kemudiannya menjadi viral di laman sosial.

Pemandu wanita terbabit dilihat hilang sabar dan menggunakan pengunci stereng untuk memarahi sambil menghentak-hentak kereta milik warga emas terbabit.

Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, mereka akan membayar kos baik pulih kereta lelaki terbabit kerana sifat empati yang ditunjukkannya.

Syarikat telekomunikasi itu juga menawarkan untuk membayar gantirugi kepada wanita terbabit sekiranya dia “dapat memaafkan lelaki warga emas itu”.

Muat naik oleh Digi itu berjaya menarik perhatian ramai secara positif tatkala pelbagai cemuhan negatif dilempar kepada wanita tersebut, yang hampir boleh disifatkan sebagai membuli secara siber.

Pertahankan Status Geopark UNESCO Pulau Langkawi


Segerakan Tindakan Afirmatif Pertahan Status Geopark UNESCO Pulau Langkawi

Menurut laporan media, Langkawi ketika ini berdepan dengan risiko kehilangan status Geopark daripada pihak UNESCO ekoran daripada kegagalan pihak berkuasa mematuhi amalan pemuliharaan yang ditetapkan badan dunia itu. Langkawi merupakan Geopark Unesco pertama di rantau Asia Tenggara di mana keseluruhan Langkawi diberikan status Geopark tunggal tidak seperti tapak UNESCO lain maka, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Langkawi amat memandang serius isu “Kad Kuning” ini.

Sebagai sebuah pulau peranginan terkenal bukan sahaja di peringkat domestik malahan sehingga ke peringkat antarabangsa, pengiktirafan dan penarafan UNESCO ini telah memberikan satu nilai tambah yang baik dalam memacu Langkawi sebagai antara lokasi tumpuan pelancongan dunia.

Ketika negara sedang menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2014, adalah sangat dikesali apabila Langkawi menerima amaran kad kuning tersebut. SAMM langkawi menggesa isu ini diberi perhatian.

LADA, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu segera mengambil langkah-langkah afirmatif bagi memastikan Langkawi tidak kehilangan status tersebut sebelum pemeriksaan UNESCO pada pertengahan tahun depan. Usaha bertahun-tahun untuk meletakkan Langkawi di persada dunia dan menerima pengiktirafan yang pertama tidak harus dibazirkan dengan sikap sambil lewa dan tidak komited untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan itu.

Tambah mengecewakan Laporan Pemeriksaan Dua Pegawai UNESCO pada 2011 yang telah mendedahkan 27 kawasan yang tidak diselia mengikut ketetapan atas pelbagai sebab namun nampaknya tindakan yang sangat perlahan diambil oleh pihak berkuasa walaupun telah 3 tahun berlalu dan kini hanya tinggal setahun sahaja lagi sebelum pasukan pemeriksaan UNESCO mula menjalankan penilaian mereka.

SAMM Langkawi menyeru agar Kerajaan Negeri Kedah mendesak Kerajaan Persekutuan dan LADA supaya menyegerakan tindakan penambahbaikan kelemahan-kelemahan seperti yang telah disenaraikan.

Kesilapan seperti di dalam aspek pemuliharaan Candi Lembah Bujang harus menjadi iktibar. Kerajaan Negeri perlu lebih peka dan sensitif terhadap aspek penjagaan warisan, kebudayaan dan alam sekitar untuk tatapan generasi akan datang.

Pulau Langkawi adalah satu anugerah besar buat tanahair, harapan SAMM Langkawi agar pulau pelancongan ini dipelihara dengan tatacara terbaik mengikut piawaian dunia.

Saifol Adli Azizan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Zon Langkawi

Tuesday, 15 July 2014

Hipokrasi Malaysia, Jual Minyak Sawit Kepada Israel


Malaysia Terus Perkukuh Ekonomi Israel, SAMM Gesa Kerajaan Terus Terang

Pada Februari 2012 lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pernah mendedahkan hubungan kerjasama Malaysia-Israel khususnya dalam soal perdagangan minyak sawit. Beberapa dokumen bukti telah didedahkan kepada umum melalui pelbagai media.

Pendedahan demi pendedahan telah dibuat, malah SAMM juga sebelum itu mendedahkan bagaimana komponen buatan Israel telah dihantar ke negara ini untuk dipasang menjadi barangan 'Made in Malaysia', kerana pasaran untuk barangan 'made in Israel' adalah sangat terhad.

SAMM juga telah memunculkan jadual kapal perdagangan di antara pelabuhan terkemuka tanahair dan juga pelabuhan di Israel, selain itu didedahkan juga bagaimana sebuah syarikat berkaitan zionis diberi peranan dalam kerajaan termasuk di bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga di dalam sebuah syarikat kewangan di bawah adik Najib Razak. Semua ini didedahkan oleh SAMM sejak sekian lama dengan fakta dan bukti.

Kemuncaknya adalah isu minyak sawit yang dihantar ke Israel untuk perkukuh ekonomi di sana. Perkara ini membawa kepada pengakuan menteri bertanggungjawab Mukhriz Mahathir yang menulis di laman twitternya berbunyi;

"@MukhrizMahathir: Benar kerana minyak sawit yg diexport ke Palestin terpaksa dihantar melalui pelabuhan Ashdod, Israel."

Persoalan lanjutan yang tidak pernah dijawab ialah, sedangkan kapal bantuan kemanusiaan yang membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan pun pernah diserang oleh regim zionis - bagaimana zionis ini boleh membenarkan pelabuhan mereka digunakan bagi pihak Pelestine untuk minyak kelapa sawit?

Faktanya, pada bulan Mei 2010 menyaksikan tentera marin Israel telah menyerang kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmala yang mengorbankan 15 sukarelawan. Pada Mei 2011, kapal bantuan kemanusiaan MV Spirit of Rachel Corrie ditembak sebaik sahaja memasuki zon keselamatan Palestin.

Dengan fakta di atas, adalah amat meragukan jika Israel begitu baik hati membenarkan pelabuhan Ashdod dan Haifa diguna sebagai transit minyak sawit ke Pelestin. Melainkan ini satu pembohongan besar Umno terhadap rakyat Malaysia, betapa sebenarnya minyak sawit tersebut adalah untuk kegunaan negara Israel.

Malah hari ini, ketika Gaza dihujani letupan bom dan rakyat Pelestin terbunuh setiap hari sepanjang Ramadhan, Malaysia telah meneruskan perdagangan dengan Israel, khususnya membekalkan keperluan asas seperti minyak masak kelapa sawit.

Disertakan juga kepilan sebuah keratan dari dokumen yang menunjukkan negara ini menjadikan ekonomi Israel terus berkembang pesat, di saat anak Pelestin mati bergelimpangan.

Tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan, SAMM hanya menuntut supaya kerajaan berterus terang kepada rakyat bahawa negara ini sebenarnya pro-Israel dari dulu, kini dan selamanya selagi Umno memerintah. Masalah palestin tidak akan selesai selagi kerajaan Islam munafik terus wujud seperti Malaysia.

SAMM seluruh negara juga dengan ini sebulat suara mengutuk perbuatan hipokrasi kerajaan Umno Barisan Nasional, zionis glokal.

Sekian

che'GuBard Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kuasa Menyesatkan Politik, Nasib Rakyat Bukan Lagi Keutamaan


KRISIS KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Saya mengambil masa lama untuk meneliti faktor yang menyebabkan berlakunya krisis dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Metodologi saya mudah. Saya menemu bual tokoh-tokoh politik tempatan dan nasional, mendengar cerita dari ahli parti, berbincang dengan rakan wartawan dan juga rakan sejawatan.

Rumusan penelitian saya adalah: Teruknya perebutan kuasa dalam politik, semakin pincangnya politik PKR, rapuhnya kerjasama dalam PR, kacaunya politik bila terlalu banyak campur tangan, dan politik ini penuh dengan opurtunis yang menunggu untuk mengambil peluang.

Lalu saya terfikir. Mananya perjuangan untuk membela nasib rakyat dan menegakkan hak rakyat? Nampaknya membela nasib rakyat bukan lagi keutamaan pemimpin politik. Kegilaan mereka ialah berebut kuasa dan mengekalkan kuasa. 

Sesat politik macam ini.

-Agus Yusuf

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.