VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 1 November 2018

TULISAN DATUK KADIR JASIN, BERUNSUR PENGHINAAN KEPADA TUANKU SULTAN SALLEHUDDIN. SULTAN KEDAH


TERKINI..

SIDANG MEDIA DATO' JOHARI BIN ABDUL , AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI.MEMERANGKAP ADUN GURUN

01 NOVEMBER 2018 .
10.00 PAGI
BILIK MEDIA LOBI PARLIMEN

"TULISAN DATUK KADIR JASIN, BERUNSUR PENGHINAAN KEPADA TUANKU SULTAN SALLEHUDDIN .SULTAN KEDAH ."

Saya Dato' Johari Bin Abdul ,Ahli Parlimen Sg Petani memerangkap ADUN Gurun, wakil rakyat dari Kedah merakamkan perasaan kecewa yang amat sangat terhadap tulisan Datuk Kadir Jasin yang viral di media sosial baru baru ini, bertajuk : Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja, yang tersiar pada 30 Oktober 2018

http://kadirjasin.blogspot.com/2018/10/selamat-bertakhta-al-aminul-karim.html?m=1

Sementara Kadir menceritakan apa yang terjadi dihari Pertabalan Tuanku Sultan, bagaimana beliau turut menadah tangan mengaminkan doa, berharap lirik lagu rasmi negeri kedah akan menjadi panduan. tetapi dalam masa yang sama tulisan beliau mengandungi unsur unsur penghinaan terhadap Tuanku Sultan.

Diantaranya :

Ungkapan beliau, " Lagu rasmi itu dengan jelas menyatakan tempat raja adalah diatas takhta dan tanggungjawab raja adalah memelihara Islam agama Nabi kita,
Tak kata raja kita selamat cari bijih, balak.
Ia tak kata, raja kita selamat dari bilik Lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan belantara."

Tuanku Sallehuddin , seorang yang disayangi rakyat. Seorang yang lemah lembut tetapi tegas. Bekas Pegawai Rejimen Askar Melayu di Raja Malaysia.
Pernah memikul senjata berjuang menentang komunis dihutan belantara tanahair dan pernah dilantik menjadi Pegawai Pemerintah semasa konfrantasi dengan Indonesia.

Saya dengan ini mendesak polis menyiasat Kasir di bawah Akta Hasutan kerana tulisan beliau boleh mencetuskan prasangka buruk seolah olah Tuanku Sultan Sallehuddin seorang yang mengambil kesempatan untuk berniaga dan menyalah guna kedudukan Tuanku.

Sekian
1hb November 2018

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.