POLITIK DAN BOLASEPAK
Ini artikel yang Admin ambil dari laman sembang Whatsapp. Sekadar satu perbincangan ilimah...
Ramai yg berkata politik kena dipisahkan dgn bolasepak. Yg tu persepsi ramai. Dlm bolasepak Malaysia yg rata2 pasukan langsung tak boleh jadi FC dan masih dalam kategori FA. Nak jadi FC kena ada stadium sendiri, dana sendiri, tempat training sendiri, sponsor kena cari sendiri. Dalam kes atau suasana bolasepak Malaysia, takdak langsung team yang boleh urus pasukan dengan semuanya urus sendiri melainkan pasukan JDT dan pasukan berstatus kelab yg ada dana sendiri seperti Sime Darby, Felda United, DRB Hicom dan Air Asia. Tapi tu semua takkan boleh bergerak tanpa penyokong.
Umum mengetahui yang bolasepak Malaysia masih dengan sentimen menyokong mengikut kenegerian. Ic 07 sokong Penang, 08 sokong Perak dan lain2. Jadi banyak pasukan yang tak ada fan base cuma bertahan hanya beberapa musim. Ini terbukti dengan penarikan pasukan dari menyertai liga seperti DRB Hicom FC, KL SPA Fc, USM FC dan satu masa dahulu MPPJ FC.
Untuk mengubah landskap bolasepak negara, mentaliti kenegeri perlu dikikis terlebih dahulu jika mahu dipisahkan dengan politik. Barulah pasukan dapat berdikari. Situasi sekarang, pasukan2 negeri mahu tak mahu terpaksa bergantung kepada Kerajaan Negeri masing2 untuk mendapatkan dana bagi membiayai pasukan. Inilah faktor yang menyebabkan jawatan2 utama dalam pasukan kebanyakannya disi oleh orang2 politik. Inilah risiko yang terpaksa ditelan oleh dunia bolasepak Malaysia. Jika di Selangor, kerajaan negeri yang ditadbir oleh PKR akan meletak orangnya di situ. Begitu juga halnya di Melaka, Ketua Menterinya sendiri yang mengepalainya. Di N.Sembilan juga MB sebagai Presiden. Di Kedah, di Perak juga begitu.
Adalah yang bernasib baik dapat kerajaan negeri yang ada ahli politik yang betul2 minat dengan bolasepak. Maka mereka akan lakukan perubahan. Tak dinafikan ada sesetengah antara mereka yang langsung tak ada background minat dengan bolasepak. Tapi disebabkan mempunyai barisan pemain dan jurulatih yang sempurna, maka pasukan itu dilihat berjaya. Namun malang bagi pasukan yang walaupun ada segalanya, minat terhadap bolasepak...sebagai contoh Kelantan yang diuruskan oleh Ahli Parlimen dari BN dan dibantu oleh Kerajaan Negeri dari Pas juga gagal dalam menangani beberapa isu seperti tunggakan gaji, mencari dana dan penaja. Akibatnya pemain2 mula angkat kaki. Itu faktor2 yang kita dapat lihat dan ini tidak dapat dielak selagi mentaliti yang saya katakan tadi masih membelenggu bolasepak Malaysia.
Di P.Pinang sekarang, Kerajaan Negeri ditadbir oleh DAP. Mahu tak mahu, itulah parti politik yang ada kuasa untuk menyalurkan dana kepada FAP. Tahun 2008, 2009, 2010 tanggungjawab itu sudah diberi kepada ahli politik dari PKR dan gagal disempurnakan sehingga pasukan jatuh ke Liga FAM. Dan transformasi menukar kepimpinan kepada mereka yang bukan ahli politik dilihat sedikit berjaya apabila pasukan bangkit dan layak ke Liga Super. Namum dana besar yang diberi oleh Kerajaan Negeri tidak diguna sebaiknya malah pembaziran dilihat berlaku dengan penukaran pemain import dan barisan jurulatih luar di tengah musim.
Dan sekali lagi, ahli politik dibawa masuk ke dalam persatuan. Ianya skrip yang diulang-ulang dalam mana2 persatuan bolasepak di negara ini. Sekali lagi saya ulang, ini adalah risiko yang terpaksa kita telan disebabkan bolasepak kita masih terikat dengan politik. Tiada politik tiadalah bolasepak selagimana pasukan tidak boleh berdikari. Jika risiko ini berjaya diatasi, ianya mungkin adalah disebabkan pemilihan pemain dan barisan jurulatih yang betul dan kredit turut diberi kepada ahli politik yang menaunginya.
Kesimpulannya, sebagai peminat...apa yang boleh anda lakukan? Teruskan menaip di Facebook dan belilah tiket untuk menonton di stadium atau berehatlah di rumah sambil menonton siaran langsung di TV anda. Majulah Sukan Untuk Negara!
No comments:
Post a Comment