VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 11 February 2016

Pemuda Mengamuk di JPJ Maut Ditembak 7 Das Peluru




Laporan awal kes tembak Amin Beyond

GEORGETOWN: Seorang tauke restoran nasi kandar maut ditembak dari jarak dekat di Jalan Datuk Keramat, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta Mercedes Benz dipercayai berhenti di depan sebuah kedai motosikal sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad, berkata seorang daripada suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu. Beliau berkata, empat das tembakan mengenai badan peniaga berkenaan dan satu das lagi mengenai bahagian kepala, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi. Suspek juga, katanya, turut melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), yang sedang bertugas mengawal premis perniagaan berdekatan, namun tersasar. "Siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dilakukan bagi mengenal pasti motif serangan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi. (Copy dari Group WhatsApp)

*Katanya Tauke Car Wash
*Sumber blog mengatakan Amin Beyond pernah mengamuk di JPJ

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Adakah mangsa ini dibunuh oleh penjenayah untuk melindungi penjenayah-penjenayah yang berpengaruh yang terlibat dalam konspirasi menipu mangsa tersebut dan menyebabkan mangsa mengalami kerugian dan tekanan emosi?

    Kita amat berharap PDRM akan menyiasat kes ini dengan teliti dan menangkap dan mendakwa penjenayah-penjenayah yang terlibat supaya rakyat selamat dari kejahatan dan kezaliman penjenayah-penjenayah ini.


    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.