Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengulangi pendirian baginda menolak unsur perkauman dan menitahkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang mencetuskan ketegangan tanpa pilih kasih.
Baginda turut bertitah supaya pihak yang mengamalkan sikap perkauman keluar dari negeri ini serta-merta dan menegaskan bahawa Johor merupakan rumah bagi bangsa Johor yang terdiri dari Melayu, Cina dan India.
Titah baginda yang dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebooknya kira-kira jam 12 tengah malam tadi, tadi turut mendapat lebih 47,000 ribu like sehingga jam 3 petang ini.
Dalam titahnya itu, Sultan Johor turut mahu pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian sehingga ke peringkat akar umbi agar sikap saling membenci dan ketegangan kaum antara rakyat khususnya di negeri ini tidak berterusan.
“Mereka yang mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Takzim, mereka yang mengamalkan sikap ini dinasihat supaya keluar dari negeri ini serta-merta.
“Ini bukan zaman batu, orang Melayu, Kaum Cina dan India semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua bangsa Johor.
“Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman, jangan pilih kasih, cari penyelesaiannya ke akar umbi,” titah baginda.
Selain itu baginda turut bertitah, pihak yang menghasut rakyatnya bakal dikenakan tindakan tegas dan perlu berdepan dengan baginda yang merupakan Sultan Johor yang memegang amanah kepada rakyat Johor dan negeri ini.
“Saya telah bertungkus-lumus untuk kepentingan bangsa Johor dan negeri Johor, untuk memastikan semua hidup dalam harmoni dan negeri ini semakin maju.
“Nenek moyang saya, kerajaan negeri, bangsa Johor dan saya telah bekerja keras untuk menyatukan rakyat Johor dan membawa masuk pelabur asing bagi memajukan negeri ini. Mereka yang menghasut bangsa Johor perlu berdepan dengan saya,” tegas baginda.
Sebelum ini pada 13 September lalu, Sultan Johor turut bertitah bahawa baginda tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman di negeri ini.
posted from Bloggeroid
SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB
ReplyDelete