VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 30 September 2014

Kongsi Gelap: Polis Perlu Beri Keutamaan Menangani Kes Jenayah


Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) memohon pihak Polis untuk mencari dan menahan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiataan jenayah & geng kongsi gelap hingga ke lubang cacing. Menurut Naib Ketua AMK Pulau Pinang, A.Kumaresan Polis seharusnya bertindak segera sebelum terlambat untuk mencegah kumpulan-kumpulan ini melarikan diri daripada pengawasan pihak Polis.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang memaklumkan terdapat 12 geng kongsi gelap yang aktif di Pulau Pinang dengan penglibatan lebih 8,000 orang anggota geng. Kumaresan berkata, sekiranya pihak Polis boleh bertindak pantas untuk menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kenapa prosedur sama tidak diambil apabila melibatkan geng kongsi gelap.

Menurutnya lagi, beliau juga amat terkejut dengan statistik yang diberikan oleh Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim. Saya amat ragu sekiranya sebuah pasukan sukarela PPS boleh ditahan dan akan didakwa kerana gara-gara tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kenapa pula Polis mengambil begitu lama untuk bertindak terhadap geng kongsi gelap sehingga menyebabkan jumlah anggota geng ini bertambah dengan begitu mendadak. Beliau berkata Polis Diraja Malaysia harus komited kepada peranan penubuhan badan Diraja tersebut iaitu menjaga ketenteraman awam dan mencegah jenayah, maka kes jenayah yang meningkat perlu diberi fokus.

A.Kumaresan
Exco AMK Pusat
Naib Ketua AMK P.P

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.