VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 16 May 2014

Kisah Sebenar Disebalik "BIKINI" Dyana Sofya Calon DAP Teluk Intan


Dyana Sofya Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengutuk pengguna internet dan laman sosial yang berkongsi gambar seorang wanita berbikini dengan mendakwa wanita dalam gambar itu adalah dirinya.

Wanita berusia 27 tahun itu menafikan tuduhan itu pada Khamis dengan berkata dia bukan wanita dalam gambar tersebut.

Kemudian, terdapat pengguna laman sosial yang mempertahankan Dyana dan menjelaskan bahawa gambar tersebut adalah gambar pelakon Filipina Pauleen Luna.



Gambar-gambar itu mula tersebar tidak lama selepas khabar angin timbul yang Dyana mungkin diturunkan sebagai calon pada pilihan raya di Teluk Intan.

Dyana bagaimanapun berkata dia tidak mengetahui tentang pencalonan itu dan tidak tahu sama ada akan bertanding bagi kerusi itu.

"Saya kecewa ada manusia akan bertindak sedemikian untuk mencemarkan imej saya atas sebab-sebab politik selepas khabar angin saya bertanding tersebar. Tetapi saya menerimanya dengan menganggap bahawa orang yang baik akan sentiasa menjadi mangsa. Saya berada dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Dyana juga menerima panggilan kesat dan SMS selepas gambar-gambar yang didakwa sebagai gambarnya tersebar di internet.

Dia menggesa mereka yang bertanggungjawab dalam perkara ini supaya lebih menghormati wanita.

Pilihan raya kecil Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei dengan penamaan calon pada 19 Mei berikutan kematian Ahli Parlimen Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pundi kencing pada 1 Mei.

Seah memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013, dengan 27,399 undi untuk menewaskan Mah Siew Kong dari BN (20,086) dan calon Bebas K. Moralingam (279).

***Macai tidak pernah insaf dengan tindakan kerja fitnah sedangkan mereka sudah ketandusan modal..

3 comments:

  1. kesian btl kt org yg rajin sggh wt keje2 cmni..kalau org PR ad yg je x kna..xkna tang mana xtau la..

    ReplyDelete
  2. So sad how dirty some ppl can be, just to downgrade a person that they feel threatened of.

    Bravo Dyana..looking forward to the days where Malaysian politics are no longer race-based.

    ReplyDelete
  3. Everybody knows its all dap propaganda.. Dyana is nothing more than kits siang stooge... from perkasa to dap shows she can be bought at the highest bidder...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.