VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 28 August 2013

[Tahniah] Satu Lagi Projek Umno Kedah Tiru Israel

Sebelum nie aku ada cover cerita pasai cadangan bodoh nie.. Hangpa mai baca kat sini.. Miskin Sangat ka KEDAH.. MB Kedah Sudah Gila Duit!


 
Kekejaman Israel sememangnya diketahui umum.. antara kekejaman mereka terhadap rakyat Palestine menyekat berbagai bantuan yang disalurkan dari seluruh dunia kepada rakyat Palestin.

Selain itu Amnesty International pernah melaporkan kebiadaban Israel bukan sahaja dengan merampas tanah, malah kini mengawal serta menyekat penggunaan air bersih di bumi Palestin.

Alasan mereka ialah, mereka juga mengalamai masalah yang sama iaitu kekurangan air..

Kenyataan Media: Isu Sekatan Air ke Pulau Pinang

Saya ingin menarik perhatian berkenaan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan YB Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam. Beliau mencadangkan Kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang.

Kenyataan YB Datuk Ahmad Bashah adalah satu kenyataan yang dangkal, tetapi turut sama mencerminkan rupa sebenar pemimpin UMNO. Mereka rela untuk menghukum rakya semata - mata kepentingan politik sempit mereka. Sebagai seorang Timbalan Menteri beliau bukan sahaja mewakili kepentingan kawasan Bakar Bata sahaja tetapi beliau sepatutnya mewakili seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Pulau Pinang dan Kedah hakikatnya mempunyai mempunyai hak yang sama terhadap air Sungai Muda. Tidak pernah dalam sejarah penubuhan negara Malaysia semenjak merdeka, hak milik dan soal pembekalan air dari sumber air ini menjadi pertikaian. Namun menjadi tugas pertama, Menteri Besar baru Kedah adalah untuk menuntut sesuatu yang sangat penting untuk kebajikan rakyat Pulau Pinang, seolah - olah cuba untuk menghukum rakyat Pulau Pinang kerana tidak memilih Barisan Nasional.

Demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan kebajikan kedua - dua negeri, saya menggesa agar Menteri Besar Kedah menarik saja balik tuntutan beliau yang tidak berasas, zalim dan tidak berperikemanusiaan ini.

Amir Ghazali
Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang.

***
Habis la orang Pulau Pinang terjun laut mandi sebab air dah tak ada lepas nih.

Tu la hangpa..undi lagi DAP.. macam la DAP turunkan hujan.. air hujan tu umno dah online dengan tuhan booking air tu untuk ahli umno ja hangpa tau dak..!!! 
Bahasa sarcasm ni hangpa faham ka?


Kalau Kedah kebuloq nak sangat duit air tu.. Pulau pinang pun boleh mintak sewa sebab sungai tu melalui Pulau Pinang.. Jangan pulak kata pulau pinang gila duit nanti.. Sebab yang bangkitkan isu ini adalah dari kalangan parti gila yang terdiri manusia-manusia bangang dan bodoh jugak.. Aku harap Kedah dapat lencongkan aliran sungai nie.. Jangan sentuh tanah Pulau Pinang.. Boleh?

Kalau dengan Singapore layan punya la baik.. Takkan dengan rakyat sendiri pon nak buat macam nie.. Rata-rata Kawasan Kuala Muda dan penduduk kawasan Sungai Muda Penyokong Kuat Umno.. Tak kan nie yang di balas Umno kepada Penyokongnya?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.