VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 31 July 2013

Video Hari Raya Hina ISLAM: Chetz Yusof VS 8 NGO Melayu ISLAM


Video Hina Islam : Sebelum mengeluarkan laporan berita mengenai isu hina Islam yang terbaru melibatkan saudara Chetz Yusof baru-baru dengan video Hari Raya bersama-sama anjing-anjingnya pastinya ramai yang akan tidak bersetuju dengan pendapat ini. Mungkin?


Tetapi mesti suarakan.. Untuk dikongsikan bersama anda semua berdasarkan pandangan yang sedang ligat berputar di fikiran sejak isu hina Islam semakin hangat diperkatakan sekarang ini.

“Terima atau tidak, terpulang”

Boleh kongsikan bersama pendapat anda di ruangan komen bawah. Sama-sama kita berdiskusi.


Kadang terfikir? Lemahkah iman umat Melayu Islam kita di Malaysia? Berdasarkan tontonan  pada video Chetz Yusof hina Islam (Video Hari raya + anjing-anjingnya), melihat pemilik video hanya mahu menyampaikan ucapan Hari Raya Aidilfitri dan dalam pada masa yang sama mahu mengajak dan mendidik orang ramai supaya tidak mendikriminasikan sesama makhluk.

Hakikatnya :
  •         pegang anjing tidak berdosa
  •         pegang teman wanita berdosa
  •         bersentuhan dengan bukan muhrim berdosa
  •         mendedahkan aurat, berpakaian separuh telanjang berdosa
  •         berpelukan dalam filem-filem Melayu yang berselerak di pasaran berdosa
Teringat, kisah dalam Al-Quran yang ada menyebut kisah Ashabul Kahfi yang lari bersembunyi di dalam gua bersama anjing. Kadangkala media juga patut berperanan untuk mendidik rakyat Malaysia berfikiran dengan lebih kritis & terbuka.

“Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas –menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;

1. Maksalmina
2. Tamlikha
3. Martunus
4. Bainunus atau Nainunus
5. Sarbunus
6. Dzunuanus
7. Kasyfitatanunus

Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka.

Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)

Sebelum itu, video yang dikatakan Video Chetz Yusof Hina Islam di kongsikan seperti di bawah ini :
 




Sebelum itu 8 NGO Melayu Islam Membuat Laporan Polis
Cantik Janggut..
Gabungan lapan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam hari ini membuat laporan polis terhadap penyebaran satu video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube, semalam.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Msia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah bersama tujuh wakil Melayu-Islam yang lain membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, pada jam 12 tengahari tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan, Abdul Rani menyifatkan perbuatan pemilik video itu sebagai menghina kesucian dan menyentuh sensitiviti Islam apabila menyamakan cara mengambil wuduk orang Islam seperti membasuh kaki anjing.

"Kami amat terkejut dan berasa terhina apabila menonton video yang dimuat baik menggambarkan senario hari raya dengan laungan takbir kemenangan umat Islam.

"Jelas sekali penghinaan itu seolah-olah ingin mencabar kesabaran umat Islam apatah lagi dilakukan di bulan Ramadan," katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Dang Wangi, di sini, hari ini. -SH
Kalau pakcik2 melayu islam kat atas tu tonton balik video nie 2 kali mesti akan perasan yang Tomboy nie mula bawa Anjing dia jalan-jalan pastu dia balik rumah dan dia basuh kaki anjing dia pastu dia basuh kaki dia pulak.. Kalau kata dia ambil wuduk lepas tu mesti dia solatkan tapi ini tak dia lap muka dan masukkan kuih dalam bekas.. dan last makan kuih bersama anjing-anjing dia..

Tomboy tak semestinya Pengkid.. 

Apa Bezanya Pak Mie Dengan TomBoy Nie?


Video Hari Raya + Anjing Hina Islam Penjelasannya
Dan seperti biasa, ramai yang bangkit menentang dan melemparkan pelbagai cemuhan dan pandangan negatif. Terbaru, Chetz Yusof tampil memberikan penjelasannya…
  •     Nama: Chetz Yusof
  •     Usia: 38 Tahun pada 2013
  •     Bangsa: Melayu
  •     Lokasi: Kuala Lumpur
  •     Hobi: Gemar memelihara anjing
  •     Pekerjaan: Jurutera, Pelatih Anjing (Dog Trainer)

Bagi video Chetz Yusof sangat berbeza dengan Ratu Cantik Hina ISLAM dan  pasangan kontroversi Alvin Tan VS Vivian Lee yang makan benda haram tetapi tulis halal dan ucap pula selamat bulan Ramadan. Yang itu sangat-sangat menyokong pasangan tersebut dikenakan hukuman keras. Berdasarkan perbuatannya di media selama ini, kelihatan benar mahu mencabar kewibawaan pihak berkuasa & umat islam.

Renungkanlah:

  •         Orang islam tengah kena sembelih di Rohingya, Mesir, Palestine, Syria..
  •         Kita Orang Islam Malaysia masih lagi sibuk melenting dengan isu seperti ini..
  •         Tidak salah, jikalau isu yang dibangkitkan kena pada tempat dan situasinya
Apa pendapat anda pula mengenai video yang dikatakan Video Chetz Yusof Hina Islam ini melibatkan video Hari Raya dengan anjing-anjingnya?

Nak bela Anjing KenaLah Ada Ilmu.. 

1 comment:

  1. I like! Pakcik kulup tu bengap... geng belajar tak habis tetiba nak tunjuk power...spesis bodo2 mcm pakcik2 tu laa yg menyebabkan anjing yg sedia terseksa makin merana...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.