VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday, 25 February 2016

Pendedahan Terbaharu Perlaburan Tabung Haji Bakal Kerugian Keseluruhan 1.4billion


TERKINI, YB Rafizi Ramli telah bentangkan mengenai TH Heavy Engineering yang bukan sahaja telah rugi RM200 juta, berhadapan risiko kerugian keseluruhan RM1.4 bilion, malah melanggar Akta Tabung Haji sendiri.

Untuk dokumen penuh (carta saham, Laporan Risiko Pelaburan TH, laporan kewangan dan lain-lain) sila lawat:

http://rafiziramli.com/2016/02/pelaburan-tabung-haji-di-syarikat-kejuruteraan-huluan-ramunia-holdings-berhad-catat-kerugian-atas-kertas-rm200-juta-risiko-kerugian-jangka-panjang-rm1-4-bilion/

posted from Bloggeroid

Wednesday, 24 February 2016

SERANGAN AZMIN KEPADA LIM GUAN ENG UNTUK MENGALIH ISU


AZMIN SENGAJA LEMAHKAN PAKATAN HARAPAN, SERANGAN KEPADA GUAN ENG UNTUK ALIH ISU
Kenyataan Umum.
23 Febuari 2016


SERANGAN AZMIN KEPADA LIM GUAN ENG UNTUK MENGALIH ISU


1. Ternyata Azmin Ali merupakan ahli politik yang licik. Ketika dia dibuktikan menipu dalam media dengan saya mendedahkan dokumen ‘OSA’ kerajaan Selangor yang membuktikan dia terlibat memberikan kawasan balak TENDER TERBUKA maka dia telah mengalihkan isu tersebut dengan serangan terbuka dia kepada Lim Guan Eng, ternyata setakat ini dia berjaya mengalihkan isu tersebut.


2. Serangan terbuka demi kepentingan politik peribadi kelompoknya (kartelnya) ini bukan pertama kali dilakukan. Umum tidak harus melupakan dia sendiri pernah menyerang Syed Hussin Ali dan termasuk dia menggerakkan kartelnya menyerang Presiden dan keluarga dalam media.


3. Pakatan Harapan baru sahaja ditubuhkan dengan dokumen perjanjian lengkap dengan Majlis Presiden, Jawatankuasa Pengurusan (Majlis Setiausaha) juga badan yang bertindak mengawal disiplin, maka kenapa dia perlu menyerang secara terbuka ? Namun ini tidak pelik kerana anak angkat Mahathir inilah merupakan, watak yang sengaja menghulur tangan kepada Pas yang memang sudah semakin jelas bersama Umno dan menidakkan kewujudan Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. Teguran dan pandangan Azmin sengaja dilontar secara terbuka tanpa melalui struktut Pakatan Harapan terlebih dahulu hanya kerana niatnya mengalihkan isu dan melemahkan ikatan Pakatan Harapan. Serangan terbuka tanpa melalui proses dalaman ini sememang dirancang.


4. Azmin bercakap soal ‘demokratik’ tetapi adakah dia faham atau tidak soal hormati amalan praktis demokrasi itu ? Jangan kuman seberang laut Nampak tetapi gajah depan mata tidak nampak. Pentadbiran Azmin sendiri sama ada dalam kerajaan atau parti sendiri tidak demokratik. Lantikan Ahli Majlis di Selangor sahaja menimbulkan bantahan apabila dia mengenepikan peranan Cabang kerana masih berdendam dengan kebanyakan cabang yang tidak menyokong dia dalam pemilihan parti yang lepas. Peraturan kreteria pemilihan yang ditetapkan sendiri tidak dihormati untuk menempatkan kartel dia.


5. Bercakap isu ketelusan adakah dia telus, malah ternyata menipu di media apabila dia menafikan pertanyaan saya mengenai tender balak yang mana dia menempelak saya sebagai ‘menyalak’ dan ‘macai umno’ namun dia sendiri tersentak apabila saya mendedahkan dokumen OSA milik kerajaan Selangor yang membuktikan tiada tender terbuka dan dia sendiri mempengerusikan mesyuarat tersebut. Itu belum lagi meneliti mana lagi projek besar yang tidak ada tender terbuka. Bagaimana pula dengan projek Facelift (ubahsuai ringan) Gerbang bernilai RM9.7juta dan tukar kubah serta pejabat Masjid Shah Alam yang berjumlah RM65.7 juta ?


6. Kepada penggerak PKR jangan tertipu dengan hujah kononya Azmin begitu kerana pertahankan kepentingan parti. Tahu atau tidak berapa banyak projek runding terus di Selangor , peningkatan mendadak 3 – 4 kali ganda jumlah kakitangan MBI yang melibatkan gaji yang besar namun siapa yang dapat ? Majoriti penggerak parti malah ketua – ketua cabang, amk cabang dan wanita cabang masih tercungap – cungap berjuang bagi meneruskan hidup dan perjuangan. Lantikan GLC dan seumpamanya hanya didominsi oleh kartelnya termasuk yang dibawa dari luar Selangor. Malah dari segi projek dan tender yang dilepaskan kepada syarikat berkepentingan Umno Bn juga bukan kepalang banyaknya.


7. Teguran saya rakam kepada salah seorang ADUN PKR supaya belajar disiplin organisasi. Saya mengajak semua berfikir dengan jujur. Apa pandangan anda apabila anda duduk dalam Jawatankuasa Pengangkutan Awam kerajaan negeri Pulau Pinang. Ketika mesyuarat dan taklimat penambakan laut (pulau buatan) kamu diam membisu hadir tanpa membuat kajian awal. Dalam mesyuarat jawatankuasa pengangkutan awam jelas dibincangkan projek asalnya diluluskan seluar 3,241ekar oleh kerajaan BN namun setelah perdebatan dan pertembungan panjang kerajaan Pakatan Harapan P.Pinang hanya meluluskan 744 ekar sahaja untuk ditebus guna. Wakil perbagai pihak termasuk DAP sendiri bersuara dan dalam mesyuarat tersebut sehingga beberapa perkara diubah. Dimaklumkan bahawa jika dibatalkan sepenuhnya maka kerajaan negeri kemungkinan menanggung pampasan sehigga RM1biliion.


8. Ini pernah berlaku sebelum ini di mana kerajaan negeri terrpaksa membayar RM20 juta kepada Bousted Holdings Sdn Bhd untuk menguruangkan ketinggian projek hotelnya dimana sebelum ini diluluskan oleh kerajaan Bn dengan ketinggian tidak munasabah dan kerajaan negeri hilang RM14.7 juta wang rakyat kepada syarikat yang terlibat skandal tanah Tang Hak Ju dimana ia melibatkan keputusan kerajaan Bn sebelum itu.


9. ADUN PKR tersebut terlibat dalam mesyuarat sehingga keputusan dibuat dan dia diam. Namun apabila Bn datang di dalam Dewan membentag usul membantah maka ADUN tersebut mengambil sikap protes dan berkecuali. Dia yang menjadi sebahagian jawatankuasa yang memutuskan sepatutnya mempertahankan keputusan tersebut. Adakah dia tidak faham apa dalam mesyuarat tersebut dan hanya hadir untuk elaun kehadiran atau ada pihak ‘luar kerajaan P.Pinang’ yang menyusun semua ini agar berlaku. Sepatutnya PKR harus memanggil ADUN ini memberikan penjelasan dan merakamkan teguran kerana jelas prestasinya dalam pentadbiran Pulau Pinang harus dipertikaikan.


Sekian ;

che’GuBard
Ahli seumur hidup PKR

posted from Bloggeroid

Tuesday, 23 February 2016

Ketua UMNO Cawangan Baling di Pecat Kerana Perjuangkan Nasib Penoreh Getah






Minta Harga Getah Naik Terus Di Pecat !!

Sedih saya petang ni apabila seorang Pejuang Penoreh Getah di Baling iaitu Pak su Zamri Yaakob telah dibuang kerja oleh Dato Ahli Parlimen Baling Azeez Rahim (Pengerusi TH) .. pak su Zamri dipecat kerana bersama dengan penoreh getah menuntut harga getah di naikan oleh Kerajaan .. Tahniah buat DS Azeez Rahim dan buat Pak Su Zamri anda adalah pejuang tulen mempertahankan penoreh getah di kedah..

Dalam Al-Quran dah dinyatakan mengenai ciri2 pemimpin akhir zaman..

Dekat dunia boleh lepas, tapi Akhirat.. Jawablah dengan Allah..

#SolidaritiPakSuZamri

posted from Bloggeroid

Sunday, 21 February 2016

Veteran UMNO di Ludah Dalam Majlis 40 Tahun Najib


SIAPAKAH MAKHLUK INI ???

Inilah pelapis2 yg dimahukan Najib & kuncunya demi mengekalkan legasi UMNO memerintah negara sampai kiamat.. Spesis2 yang tunduk akur jilat sampai mati terhadap kepala besar UMNO inilah harapan UMNO..

Kasihan org tua, org lama dlm UMNO diludah dgn Jamal Pak Tongkol...

posted from Bloggeroid

Majlis 40 Tahun Najib Hambar dan Tiada Sambutan


MAJLIS 40 TAHUN NAJIB HAMBAR, TAWAR DAN BANYAK MEJA KOSONG

Malam tadi berlangsung majlis meraikan penglibatan Najib Razak selama 40 tahun dalam dunia politik di PWTC, Kuala Lumpur.

Sayangnya, melalui gambar-gambar yang dibekalkan oleh "Spy Leman" kepada saya, didapati majlis yang sepatutnya begitu bermakna bagi Najib, telah berlangsung dengan begitu hambar, tawar dan kira-kira 60 peratus daripada kira-kira 2,000 jemputan tidak menghadirkan diri.

Malah, salah satu gambar memperlihatkan Najib sedang berucap yang di depannya menunjukkan lebih banyak meja kosong daripada yang dipenuhi hadirin.

Apa sudah jadi?

Saksikanlah gambar-gambar yang disiarkan ini sebagai satu lagi inspirasi perubahan.

BIAR GAMBAR BERBICARA....

#BeraniKeranaBenar

Penulisan dari UMNO Cawangan Malaysia

posted from Bloggeroid

Saturday, 20 February 2016

MUSUH SEBENARNYA ADALAH SISTEM NEGARA


KENYATAAN AKHBAR
18 Februari 2016

PEKERJA BANGLADESH BUKAN MUSUH !

MUSUH SEBENARNYA ADALAH SISTEM NEGARA

Berikutan pengumuman Kerajaan Malaysia bahawa ia akan membawa seramai 1.5 juta pekerja dari Bangladesh ke Malaysia dalam jangkasama 3 tahun yang akan datang terutamanya untuk sektor pembinaan dan perladangan telah menimbulkan pelbagai reaksi dari beberapa pihak. Ramai yang menganggap pekerja migran adalah musuh mereka dan mula melemparkan tuduhan yang bersifat rasis dan mengaitkan mereka dengan segala jenayah yang berlaku dalam negara.

Pihak Kerajaan sebaliknya mendakwa bahawa rakyat Malaysia tidak mahu bekerja di sektor 3D - kotor (Dirty), susah (Difficult), bahaya (Dangerous). Pihak Kerajaan juga mengatakan tindakan ini diambil kerana permintaan para majikan.

Adakah ini benar?

Mengapa tiba-tiba kerajaan ingin membawa masuk pekerja dari Bangladesh? Jika benar para majikan perlukan sejumlah pekerja ini, mengapakah Persatuan Majikan Malaysia (MEF) turut tidak bersetuju dengan tindakan ini?

Benarkah pekerja Malaysia tidak mahu bekerja di dalam sektor 3D. Jika mengikut fakta, selama ini orang tempatan yang kerja di sektor perladangan generasi demi generasi. Apa pula punca utama jika ada sektor yang kurang diminati oleh warga Malaysia?

Siapa kontraktor yang dilantik untuk membawa masuk pekerja migran ini dan bolehkah Kerajaan dedahkan senarai syarikat yang meminta pekerja migran Bangladesh?

Beberapa minggu lalu, Kerajaan mengumumkan untuk menaikkan cukai levi 100% dan ini satu langkah mengurangkan pergantungan negara terhadap buruh asing (kini ditangguhkan). Bukankah tindakan ini bertentangan dengan keputusan membawa masuk lagi 1.5 buruh asing?

Persoalan di atas amat merunsingkan dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) juga ingin menegaskan pendirian mengenai isu 1.5 juta pekerja Bangladesh seperti berikut:

1. Kini di Malaysia ada lebih 5 juta pekerja migran, majoritinya tidak berdokumen. Ini ditambah dengan lebih 2 juta pelarian. Angka ini amat membimbangkan sehingga golongan ini meliputi 30% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia. Dengan tambahan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh, ini akan meningkat pergantungan negara kepada pekerja migran.

2. Pekerja migran bukan musuh pekerja tempatan. Mereka dibawa masuk oleh Kerajaan kerana dasar gaji murah yang diamalkan di Malaysia. Jika Malaysia boleh menawarkan satu jumlah tenaga kerja dengan upah yang murah, ini akan menarik pelabur asing ke Malaysia. Jadi ini adalah satu polisi yang dibuat oleh Kerajaan dan bukannya pekerja dari Bangladesh.

3. Eksploitasi terhadap para pekerja akan terus meningkat. Selain upah yang murah, pekerja migran terpaksa bekerja dalam pesekitaran kerja yang tidak selamat, kerja untuk waktu yang panjang melebihi 12 jam, terpaksa membayar levi, yuran permit dan bayaran hospital yang tinggi dan banyak lagi penindasan. Satu kajian juga mengatakan bahawa seorang pekerja migran meninggal dunia setiap hari kerana isu keselamatan pekerjaan.

4. Pekerja migran juga terdedah dan amat mudah menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Malaysia mempunyai rekod yang buruk dalam isu pemerdagangan manusia dan rekod menunjukkan pekerja dari Indonesia, Cambodia, Filipina, Nepal dan termasuk Bangladesh pernah menjadi mangsa pemerdangan manusia.

5. Semasa kelembaban atau kegawatan ekonomi seperti yang dihadapi oleh Malaysia sekarang, pengangguran akan meningkat kerana para majikan akan mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan dan memaksimakan keuntungan. Para pekerja akan kehilangan kerja. Dua hari yang lau, MEF mengatakan pada tahun 2015, 26,000 pekerja diberhentikan kerja dan ramai lagi akan diberhentikan pada tahun ini. Jadi apa rasional membawa pekerja migran pada masa ini?

Maka, JERIT menyeru kepada pihak Kerajaan untuk memberhentikan polisi yang menindas semua golongan pekerja termasuk pekerja migran. Sebaliknya, berikan dokumen dan sahkan semua pekerja migran yang tidak berdokumen tanpa bayaran yang tinggi. Pastikan semua majikan membayar gaji minima dan tidak mengeksploitasi pekerja migran.

Bagi pihak Sekretariat JERIT

Sivaranjani Manickam
010-2402159

posted from Bloggeroid

Wednesday, 17 February 2016

Saya Cadang Kita Ambil Bangla Jadi Menteri Selain Rajin dan Murah Mungkin Kenyataan Mereka Lebih Menghiburkan


Kenyataan Media
16 Februari 2016

Masuk 1.5 juta Bangla Umpama 'Serah' Negara

Pengumuman Kerajaan untuk membawa masuk sejumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh lagi akan hanya menyaksikan populasi bukan warganegara meningkat kepada 8.2 juta orang jika berdasarkan kepada statistik November 2014. Ini meliputi 27% daripada populasi negara yang berjumlah lebih kurang 30 juta hari ini.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak keras usaha mengarut ini dengan fakta dan pandangan berikut;

1. Populasi warga asing seramai 8.2 juta akan menjadi jumlah etnik kedua terbesar mengatasi populasi cina Malaysia yang berjumlah 6.64 juta.

2. Warga Bangladesh yang akan berjumlah 2.1 juta selepas ini akan menjadi populasi etnik ketiga terbesar menggantikan etnik India. Malah jumlah mereka adalah jauh lebih besar dari populasi penduduk Negeri Sembilan dan Melaka (dicampurkan).

3. Kerajaan tidak pernah membentangkan statistik sebenar keperluan pekerja asing mengikut sektor dan industri, malah jumlah warga asing sedia ada jika diperuntukkan untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu seharusnya mencukupi.

4. Kegagalan kerajaan untuk merangka pelan penambahbaikan produktiviti buruh tempatan dan, struktur gaji dan imbuhan akhirnya jalan mudah diambil dengan mengimport tenaga kerja asing seperti apa yang berlaku hari ini.

5. SAMM cadang supaya hanya sektor pembinaan, pertanian, perkilangan, perhotelan dan pembantu rumah sahaja dibenarkan untuk diisi oleh warga asing.

6. Kerajaan harus bertegas memastikan sektor industri perniagaan khususnya restoran dan kedai makan, hanya boleh diisi oleh warga tempatan. Warga asing juga tidak boleh bekerja sebagai penjual di mana-mana premis, jadi kita akan melihat warga asing yang berniaga itu adalah salah dan wajib diberkas. Maka, secara tidak langsung kelopongan sektor ini akan menawarkan jumlah gaji yang lebih tinggi untuk diisi oleh warga tempatan.

7. Ingin disebut juga di sini, Industri makanan dan minuman juga tidak boleh diisi oleh warga asing di atas faktor kebersihan dan kesihatan.

8. Jika alasan pekerja tempatan tidak mahu menceburi bidang pekerjaan yang 'kotor' seperti kata menteri, bagaimana pula dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri yang sama di Singapura sedangkan di sini pekerjaan itu diisi oleh pekerja asing?

9. SAMM juga melihat adanya unsur pengambilan untung pantas dengan jumlah bilion ringgit dalam mengurus kemasukkan 1.5 juta warga Bangladesh ini. Malah laporan media yang mengatakan syarikat adik Timbalan Perdana Menteri juga terlibat menimbulkan konflik kepentingan yang berprofil tinggi. Ini sangat tidak wajar sekali, umpama menyerah negara ini untuk disesakkan oleh warga asing.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.