VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 30 April 2014

Menyahut Panggilan Apabila Dipanggil ke Dataran Merdeka


Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin
Yang pekak pembakar meriam
Yang buta pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul buluh

Tuesday, 29 April 2014

MH370: Akhirnya Jumpa Selepas Obama Berambus Dari Bumi Malaysia


Sebuah syarikat pencarian yang berpengkalan di Adelaide percaya mereka mengesan satu lokasi disyaki tempat persemadian pesawat MH370 di Teluk Benggala kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.

Syarikat berkenaan, GeoResonance memberitahu 7News, hasil pencarian dan penyelidikan pihaknya berjaya mengesan beberapa elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan pesawat MH370.

Sudah enam minggu berlalu sejak pesawat MH370 dan operasi pencarian di Lautan Hindi gagal mengesan serpihan pesawat itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott hari ini, mengakui peluang tipis untuk menemui serpihan pesawat di permukaan laut.

GeoResonance percaya pihak berkuasa sedang mencari di kawasan yang silap dan pihaknya melakukan inisiatif sendiri mencari MH370 sejak 10 Mac.

"Teknologi yang kami gunakan sebenarnya direka untuk mencari bahan perang nuklear, kapal selam...pasukan kami di Ukraine mencadangkan kami patut cuba membantu," kata jurucakap GeoResonance David Pope.

Syarikat itu sudah menganalisa 2,000,000 kilometer persegi kawasan yang dipercayai kawasan pesawat terhempas menggunakan imej yang diperoleh dari satelit dan pesawat.

Saintis pula memfokuskan pencarian di utara lokasi terakhir pesawat dikesan menggunakan lebih 20 peralatan berteknologi tinggi untuk menganalisis data.

"Kami bagai tidak percaya apa yang kami temui di Teluk Benggala.

"Pasukan kami teruja selepas menemui sesuatu yang dipercayai bangkai pesawat komersial," kata Pope.

Sementara itu, Pavel Kursa dari syarikat yang sama memberitahu stesen televisyen itu yang mereka mengesan elemen kimia dan bahan membuat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, gangsa, besi aloi dan bahan lain.

Laporan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa ketika kotak hitam masih mempunyai jangka hayat selama dua minggu lagi.

Pasukan itu turut mengesahkan penemuan dengan membuat analisa perbezaan imej di kawasan berkenaan pada 5 Mac iaitu tiga hari sebelum pesawat itu hilang.

Laporan lengkap diserahkan pada 15 April lalu.

"Kami tidak mengatakan ianya sah adalah MH370 tetapi kami berpendapat ia adalah petunjuk yang patut diberi perhatian," kata Pope.

7News cuba menghubungi Angus Houston dari JACC namun gagal.

Monday, 28 April 2014

Perbezaan Layanan PERKASA Kepada Anwar Ibrahim Dan Obama


ONLY IN MALAYSIA... Anwar yang sedang beri tazkirah dalam masjid Al Husain DISERANG BIADAP dengan balingn kasut & dimaki hamun di dalam Rumah Allah oleh PERKASA.

TETAPI pemimpin negara KUASA DUNIA pendokong penindasan di dunia Islam telah disambut mesra oleh KERAjaan UMNO/BN... DI MANA PERKASA KETIKA INI?? BERCUTI KA!!!

Artikel Menghasut Rakyat TURUN 1 MEI Bantah Perlaksanaan GST


GST bercanggah Dengan Prinsip Percukaian Dalam Islam

Konsep Negara Hidayah
Bukan Jibayah

1. Negara Islam tidak ditegakkan atas dasar negara percukaian (darul jibayah) tetapi berasakan lri sip negara hidayah dan berkebajikan.

2. Negara percukaian meletakkan cukai sebagai dasar hasilan utama negara yang perlu dioptimumkan sedangkan negara hidayah meletakkan cukai sebagai hanya tindakan sementara di kala terdesak dan perlu diminimakan dan bukan dimaksimakan.

3. Negara Islam meletakkan bebanan kewangan negara ditanggung oleh golongan berada yang mempunyai lebihan kewangan dan berkemampuan sebagai satu tanggungjawab harta bagi menampung keperluan rakyat yg miskin dan kewangan negara apabila bermasalah.

4. Golongan berada dalam Islam diberi pelbagai insentif galakkan bagi mengoptimumkan semangat menyumbang secara sukarela kepada negara di kala kewangan bermasalah dan kepada rakyat yang tidak berkemampuan seara berterusan menerusi tajaan kewangan, sedekah, hibah, hadiah dan wakaf negara.

Kehormatan Harta Rakyat

1. Islam menghormati hak pemilikan harta manusia. Harta rakyat tidak boleh diambil oleh kerajaan atas nama cukai dan sebagainya tanpa sebab.

2. Kerajaan mesti mengoptimumkan hasil negara menerusi pelbagai sumber bukan cukai.

3. Sekiranya berlaku kekurangan dana negara maka barulah cukai dibolehkan untuk dikenakan kpd rakyat atas nama dharurat dn keperluan dan ia mesti berlaku dengan pelbagai syarat yg ketat dan hanya dengan sekadarnya demi memenuhi keperluan tersebut.

4. Disyaratkan juga untuk dikenakan cukai bahawa tidak berlaku sebarang ketirisan dan pembaziran perbelanjaan. Sekiranya masalah kewangan negara berlaku kerana kegagalan kerajaan menguruskan harta secara berhemah maka cukai haram dan tidak boleh dikenakn kepda rakyat.

5. Apabila cukai rakyat diperlukan kerajaan hanya boleh mengambil cukai daripada golongan berada yang berkemampuan dan tidak boleh dikenakan kepada golongan miskin yang hanya cukup makan atau faqir yang tidak cukup makan.

GST cukai yg zalim yg bercanggah dgn Islam kerana beberapa sebab
1. Ia cukai atas perbelanjaan sedangkan cukai sepatutnya atas pendapatan.

2. Cukai atas perbelanjaan akan kena pd semua golongan kaya atau miskin sedsngkn cukai sepatutnya hanya pd golongan berada yg berkelapangan kewangan dan ada lebihan harta

3. Cukai GST bersifat sumber tetap bg kerajaan sedangkan cukai dlm islam sepatutnya bersifat sementara untuk menangani permasalahan kewangan negara yg terdesak. Apabila kewangan sudah stabil cukai mesti dihapuskan

4. GST berlaku dalam suasana kewangan negara bermasalah dgn kadar hutang melebihi 500 bilion kerana berlaku ketirisan dan pembaziran perbelanjaan negara. Ia bercanggah dgn prinsip cukai dlm Islam yg menegaskan tidak boleh dikenakan cukai kpd rakyat di saat berlaku pembaziran kewangan negara.

5. Kadar cukai Gst sebanyak 6% atas perbelanjaan bercanggah dgn prinsip cukai Islam yg sepatutnya tidak melebihi 2.5 %. Kadar zakat yg wajib pun maksimanya 2.5% atas pendapatan orang yg berkemampuan atau perniagaan atau simpanan. Inikan pula cukai yg sepatutnya bersifat sementara tidak boleh melebihi 2.5%.

Kesan GST
1. Kajian yg banyak terhadap negara2 yg telah melaksanakan gst menunjukkan peningkatan harga barang yg tidak terkawal kerana gst. Yg jadi mangsa akhirnya rakyat yg tidak berkemampuan.

2. GST akan menyebabkan berlaku inflasi yg tinggi. Kesannya bersifat jangka pendek dan jangka panjang terhadap kemampuan rakyat berbelanja di saat pendapatan rakyat pula berada pd tahap sederhana.

3. Kesan GST pd kewangan peribadi rakyat bawahan dn berpendapatan rendah disebabkan kenaikan harga barang dan susut nilai pendapatan akan membawa negara pd suasana jenayah melibatkan kewangan seperti curi, rompak dan penipuan.

4. Gst akan meletakkan rakyat bawahan berada pada situasi berhutang berpanjangan hanya untuk melunaskan keperluan harian. Si kaya yang berkemampuan tidak akan terasa dgn gst. Ia akan mewujudkan jurang yg makin lebar antara si kaya dan si miskin yg akhirnya menggugat kestabilan kehidupan bermasyarakat

Nota ringkas disediakan oleh Dr Khairuddin Takiri

Sunday, 27 April 2014

6 Ancaman TPPA Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu


HIDUP UMNO HIDUP AMERIKA..!!!

Kedatangan Barrack Obama adalah untuk memastikan Malaysia tandatangani TPPA ini. Jika perjanjian TPPA dipersetujui bermakna selepas ini warganegara asing bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara ini.. mereka juga akan menikmati segal keistimewaan yang sama dinikmati warga tempatan.

Mungkinkan ada kebarangkaliannya begini...? Percaturan semakin mudah.. kemenangan bakal menjadi milik Amerika tanpa perlu bersusah payah.. telur najib dalam genggaman Obama.. "Lu x setuju gua kasi pecah lobang yang lu sudah tipu sama lu punya rakyat dan seluruh dunia pasal isu MH370.. Gua goyang sampai lu tambang..!!! amacam!!? so lu pilih satu diantara dua.. lu nak tumbang ke lu nak gadaikan negara dan rakyat lu? "

Rasa2nya jika kebarangkalian ini berlaku najib akan pilih yang mana?

Jadi rakyat Malaysia sekelian terimalah padahnya bila si kurang cerdik yang anda pilih untuk jadi pemimpin anda..!!! BN Menang Rakyat Senang..!!! Hidup UMNO Hidup Amerika..!!!

Astaghfirullah: Demi Obama Azan Asar Tidak Berkumandang Di Kaca TV


Astaghfirullah...... Nampaknya KETUANAN yahudi dah menular..

Inilah yg sedang berlaku di negara kita, bagaimana sebuah negara 'Islam' pimpinan BANI meLAYU UMNO keadaan ini boleh berlaku.. MANA LEBIH PENTING dengar Obama membebel ke dengar azan asar dilaungkan seketika?

Pendokong2 umno... SILA JAWAB !!!

AKHIRNYA DRAMA MH370 DISUDAHI DENGAN TANDATANGANI TPPA


Kalau saya katakan begini bagaimana pendapat anda :

Malaysia pada mulanya agak liat untuk menandatangani perjanjian TPPA. Bukan sahaja ia mendapat tentangan daripada rakyat Malaysia, malah kerajaan yang ada pun tahu akan akibat buruk dengan menandatangani perjanjian ini. Ia disedari sebagai penjajahan cara baru Amerika.

Lalu Amerika mencipta drama MH370. Mereka seolah olah datang membantu lantas mahukan balasannya melalui TPPA. Selain TPPA, Malaysia dilihat tempat yang paling strategik untuk menyekat China menjadi kuasa besar baharu.

Selepas kem tentera di Filippina tiada, Amerika memerlukan base camp baru di laut China Selatan. Semua ini diselesaikan dengan satu drama MH370. Ada yang beranggapan, bila China marah kepada Malaysia kerana rakyatnya yang ramai terkorban, Malaysia akan memerlukan bantuan Amerika untuk menyeimbangkan keadaan negaranya yang ditekan oleh China.

Selain semua perkara di atas, Amerika juga sedar tentang lemahnya Najib dengan pelbagai isu yang melibatkan dirinya sendiri seperti kes Altantuya. Najib juga dilihat tidak mendapat sokongan politik oleh rakyat negaranya sendiri tidak sepertimana zaman Mahathir dahulu.

Maka, tanpa rela Malaysia menandatangani TPPA...

Dan ada yang kata MH370 akan ditemui selepas pulangnya Barrack Obama, ini kerana drama penemuan MH370 akan menghilangnya curiga tentang TPPA.

Ahhh sungguh licik mereka dan sungguh mudah kita ditipu!!

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.