VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 26 April 2015

Kenapa Letak Calon Kitar Semula di Permatang Pauh?


Tulisan Aris Awang

BismillahirRahmanirRahim

SOALAN TERUS TERANG

Saya bertanya Dr. Azman Ismail, Ahli Parlimen Kuala Kedah (PKR) seperti berikut;-

Saya: Mengapa letak kembali Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PR di Permatang Pauh sedangkan dulu dia kata kosongkan kerusi di situ sebab nak jaga cucu dan lebih-lebih lagi dia sudah jadi ADUN Kajang sekarang?

Dr. Azman Ismail: PRK Permatang Pauh bukanlah perlawanan antara calon-calon sahaja tetapi antara kita (PR) dengan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan yang mahu melenyapkan terus segala pengaruh dan legasi DSAI dalam reformasi dan politik baru sistem dua parti Malaysia. Maka simbol terbaik mempertahankan dan terus menyuburkan perubahan politik ini ialah orang yang paling dekat dengan DSAI iaitu DSWA.

Memang agak membebankan menjadi Adun Kajang dan MP di Pulau Pinang pula, namun itulah perubahan hidup yg ditakdirkan atas beliau dengan pemenjaraan DSAI.

Obor Reformasi itu kena diteruskan meskipun secara peribadi beliau memang asalnya merasa lebih selesa bersara dari politik sahaja.

"Depa kata kita main-main, dulu letak jawatan kini nak bertanding pula, saya bagi tahu Anwar"

Anwar jawab "Ni masuk penjara ni main-main ka?"

Saya: Logik dan masuk akal.... saya akan kempen memenangkan calon PR, insyaa Allah.

Dr. Azman Ismail: Terima kasih, ya Aqhi dan kepada Timbalan Presiden PAS yang menunjukkan komitmen paling hadapan tanpa berbelah bagi terhadap DSWA serta DSAI walaupun dulu pernah terpisah.

Saya: Sama-sama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.